Persidangan ICCEIB fokus masa depan bidang kejuruteraan kimia dan industri bioteknologi
Kuala Lumpur, 1 Ogos- Persidangan International Conference of Chemical Engineering and Industrial Biotechnology (ICCEIB) Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya mengumpulkan seramai 225 peserta daripada golongan akademik, industri dan agensi dari dalam dan luar negara termasuk Korea Selatan, Vietnam, Thailand, Indonesia, India, Rusia, Jepun, United Kingdom, Nigeria dan Sudan yang memfokuskan tentang bidang kejuruteraan kimia dan industri bioteknologi antarabangsa.