Briged Siswa 4P Gotong-Royong Bersihkan Pantai Leleh
Pekan, 15 April – Pengalaman berehat di tepi pantai yang dicemari bekas pembungkus makanan, pinggan dan mangkuk polistirena, cawan dan botol plastik dan lain-lain pastinya menggamit suasana yang tidak menyenangkan.
Melihat keindahan pantai yang dirosakkan oleh sikap masyarakat yang kurang peka terhadap kesan sampah kepada alam memberi kesedaran buat mahasiswa Briged Siswa 4P, Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang mengadakan program "Beach Clean Up" yang bertempat di Pantai Air Leleh, Pekan, Pahang baru-baru ini.