UMP bina hubungan erat dengan alumni, Fakulti Komputeran (FKom) jalin kolaborasi industri
Putrajaya, 27 Ogos- Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus mendapat kepercayaan menerusi jalinan kerjasama erat universiti dan industri yang memberikan impak positif terhadap keberhasilan graduan yang dihasilkan. Ianya dibuktikan apabila kadar kebolehpasaran graduan (GE) universiti ini mencapai peratusan tertinggi iaitu 96 peratus pada tahun 2018 melepasi sasaran iaitu 80 peratus pencapaian yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).