Skip to main content

UMPSA raih Pensijilan MS ISO 9001:2015, buktikan tadbir urus cemerlang

KUANTAN, 18 Disember 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berjaya meraih pensijilan MS ISO 9001:2015, sekali gus membuktikan tadbir urus universiti yang cemerlang dan penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti tinggi.

Majlis Penyampaian Sijil dan Apresiasi Pensijilan MS ISO 9001:2015 telah diadakan di Hotel Grand Darul Makmur yang dirasmikan oleh Pengarah Negeri Pahang,SIRIM QAS, Mazlina Manshor yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Hajah Nur Fadhilah Muhammad.

Fiqh Algoritma mendepani Etika Penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) Patuh Syariah

Albert Einstein seorang ahli fizik dan pemenang hadiah nobel pernah menyatakan, “Science without religion is lame. Religion without science is blind.” (Sains tanpa agama pincanglah, agama tanpa sains butalah). Integrasi kedua-dua ilmu iaitu agama dan sains sangat berperanan dalam perkembangan dunia semasa. Manusia memerlukan Sains dan Teknologi untuk melestarikan dan membangunkan alam.

UMPSA implements SSPA Option provision

PEKAN, 21 October 2024 – The Human Resources Management Division (BPSM) under the Registrar’s Department, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), has conducted a session to distribute the Public Service Remuneration System (SSPA) option forms to all its employees.

This initiative involves 1,576 staff members with permanent probationary, permanent, and permanent pension status at UMPSA.

Keselamatan makanan di dapur: Keajaiban bawang sebagai pengawet

Tahukah anda kenapa bawang digunakan sebagai bahan tumis dalam masakan? Jawapan pasti tertumpu untuk memperkaya rasa dan aroma hidangan. Rahsia utama yang perlu dirungkaikan adalah fungsi bawang untuk mengelakkan makanan cepat basi dan berfungsi sebagai pengawet semula jadi yang  boleh memanjangkan jangka hayat makanan tanpa memerlukan bahan pengawet sintetik. 

UMPSA anjur Pertandingan Kreativiti AI 2024: Seni dalam Era Sains, Teknologi, dan Inovasi (STI) pupuk minat pelajar terhadap teknologi

PEKAN, 17 Disember 2024 – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menganjurkan program Pertandingan Kreativiti AI 2024: Seni dalam Era Sains, Teknologi, dan Inovasi (STI) sebagai platform untuk memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) kepada pelajar dan generasi muda. 

Program Kelestarian EKSA UMPSA cipta persekitaran kerja lebih hijau, bersih, dan kondusif

PEKAN, 19 Oktober 2024 - Bersempena dengan Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Ke-19 (MKK19) baru-baru ini, Unit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pusat Bahasa Moden (PBM), dengan kerjasama Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) telah menganjurkan Program Kelestarian EKSA. 

Inisiatif ini melibatkan penanaman 19 pokok pada 19 Oktober lalu di Rimba Komuniti UMPSA Pekan sebagai simbolik bagi meraikan MKK19. 

Dari Teknologi ke Tradisi: Pembelajaran pelajar di taiwan buka mata untuk dunia yang lebih luas

TAIPEI, TAIWAN, 26 November 2024 – Seramai 17 pelajar dan staf Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) baru-baru ini telah menyertai Program Kembara Mobiliti Antarabangsa di Taipei, Taiwan. 

Program selama enam hari itu memberi peluang kepada peserta untuk meneroka aspek pendidikan, budaya, dan kesukarelawan, sekali gus membentuk mereka menjadi individu berwawasan global.