Skip to main content

Pembelajaran interaktif: Melangkah ke era pendidikan digital yang lebih dinamik

Dalam dunia pendidikan yang semakin berkembang, teknologi memainkan peranan yang tidak boleh dipandang enteng. Salah satu inovasi yang semakin menjadi perhatian pendidik adalah pembelajaran interaktif. Pendekatan ini bukan sekadar membuat pembelajaran menjadi lebih menarik, tetapi juga menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam setiap sesi pembelajaran. Pembelajaran interaktif kini dilihat sebagai satu kaedah yang boleh memberi impak besar terhadap cara pelajar menguasai ilmu, terutamanya dalam dunia yang penuh dengan alat teknologi canggih.

Mohammed Shawal Ian Fitri genggam dua ijazah serentak dalam bidang Kejuruteraan Rel

BEIJING, 8 Januari 2024 - Mohammed Shawal Ian Fitri, 25, meraih pengalaman belajar yang unik dan berharga apabila bergelar graduan di dua buah universiti setelah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Dual dalam bidang Kejuruteraan Rel di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di tahun pertama dan kedua sebelum meneruskan pengajian di Beijing Jiaotong University (BJTU), China tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun ketiga dan keempat.

Professor Dr. Yatimah Alias appointed as 6th UMPSA Vice-Chancellor

PEKAN, 13 January 2025 – Professor Dr Yatimah Alias, 55, has been appointed as the Vice-Chancellor of Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) for two years, effective 13 January 2025.

She succeeds Professor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin, who held the position from 1 March 2022 to 31 October 2024.

Professor Dr. Yatimah was welcomed by the university management team and UMPSA staff on her first day at the Tun Abdul Razak Chancellery Building, UMPSA Pekan Campus.

Profesor Dr. Yatimah Alias dilantik Naib Canselor ke-6 UMPSA

PEKAN, 13 Januari 2025 – Profesor Dr. Yatimah Alias, 55, dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 13 Januari 2025.

Beliau mengambil alih tugas yang sebelum ini disandang oleh Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin yang telah memegang jawatan tersebut bermula 1 Mac 2022 hingga 31 Oktober 2024. 

Memperkasa integriti melalui tatakelola keinsanan dalam memacu kelestarian UMPSA sebagai model institusi TVET nombor satu

Tatakelola yang baik bukan hanya kondusif dalam memastikan pertumbuhan ekonomi dan negara berpendapatan tinggi, malah ia adalah satu instrumen yang sangat penting ke arah negara bebas dari ketidakadilan dan kesenjangan sosial. Ketidaksamaan dan ketidakadilan dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 16 ini mampu ditaklif oleh negara Malaysia dengan memberi perhatian khusus melalui promosi hak dan potensi rakyat serta reduksi faktor-faktor politik dan sosial seperti diskriminasi, penindasan dan rasuah. 

EKSA sebagai Pemangkin ESG: Ke Arah Kelestarian Ekosistem di UMPSA

Dalam era transformasi organisasi pada marcapada, operasi kini beralih ke arah pendekatan yang lebih mampan dan bertanggungjawab, sejajar dengan prinsip Environmental, Social dan Governance (ESG) yang menitikberatkan tadbir urus yang cekap dan telus. ESG, yang merujuk kepada Environment, Social dan Governance ialah satu rangka kerja yang digunakan untuk menilai keberkesanan sesebuah organisasi dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap alam sekitar (environment), kesejahteraan sosial (social) dan tadbir urus yang beretika (governance). 

UMPSA joins Signing Ceremony of Collaboration Note between MINDEF and MOHE

KUALA LUMPUR, 2 December 2024 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) is proud to be part of the signing ceremony of a collaboration note between the Ministry of Defence (MINDEF) and the Ministry of Higher Education (MOHE) held at Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM.

This event marked a strategic collaboration effort between two key ministries in developing work-based learning (WBL) programmes, Focused Community Programmes, and Defence Industry Collaborations.