Skip to main content

Kembara Lestari UMPSA santuni komuniti dan sebar luas pendidikan anak-anak Taun Gusi

KOTA BELUD, 3 Mei 2025 - Kembara Lestari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA@Negeri di bawah Bayu 3.0) berjaya menyantuni pembangunan komuniti setempat di samping menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan melalui pelbagai aktiviti mengikut kluster seperti teknologi, khidmat komuniti, pendidikan, kelestarian, kerohanian, kebudayaan serta sumbangan buat komuniti.

Pengalaman kampus bentuk citra dan jati diri mahasiswa holistik

Pengalaman seseorang individu di institusi pengajian tinggi (IPT) bukan sekadar tertumpu kepada pencapaian akademik atau memperoleh segulung ijazah, sebaliknya ia merupakan satu proses pembentukan jati diri yang menyeluruh bertujuan melahirkan graduan yang seimbang, berkeperibadian unggul dan mampu berperanan secara efektif dalam masyarakat. Universiti harus memainkan peranan sebagai fasilitator utama dalam membentuk ekosistem pembelajaran yang holistik, dinamik dan berterusan. 

Pengajian tinggi sebagai satu pelaburan, bukan beban

Sekalung tahniah kepada para pelajar yang baharu menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang pada 24 April 2025 yang lalu.

Kepada yang masih tercari-cari sebab and tujuan anda yang seterusnya, pastikan anda menyambung pengajian anda ke pengajian tinggi samada mengambil kursus diploma, sijil profesional, matrikulasi dan lain-lain.

UMPSA Buktikan Kemampuan Lahirkan Graduan untuk Masyarakat

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sebagai sebuah universiti awam (UA) yang boleh diumpamakan ‘setahun jagung’ jika dibandingkan dengan UA yang lain yang telah lama bertapak seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan lain-lain. Kajian oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terhadap pengesanan graduan pelajar UMPSA yang mengagumkan telah  membuktikan bahawa kemampuan universiti ini sebagai sebuah universiti yang baharu.