Skip to main content

Ayah keluar awal dari biasa, bertugas iring kertas SPM - anak anggota polis

Khairul Nizam yang masih belajar Universiti Malaysia Pahang kampus Gambang berkata jenazah dijangka dibawa pulang ke kediaman mereka di Kuantan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan, pagi ini.

Allahyarham Roslan yang bertugas di Cawangan Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang maut bersama rakan setugasnya Konstabel Watson Anak Edin, 23, setelah terlibat dalam kemalangan di LPT1, petang Selasa.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa dilaporkan dalam perjalanan dari arah Bentong Ke Kuantan bagi mengiringi kenderaan Jabatan Pendidikan Pahang yang membawa kertas peperiksaan SPM.

Mangsa yang telah berkhidmat 31 tahun dalam pasukan meninggalkan balu Mazura Md  Yusop, 50, dan empat anak, berumur antara sembilan dan 26 tahun.

Mendiang Watson pula yang baru bertugas tiga tahun meninggalkan seorang balu Natasha Elsy Anak Juta, 20 tahun.

Mendiang dijangka diterbangkan ke Sarawak hari ini untuk disemadikan di kampung halamannya.

Author
azwin