Skip to main content

Pengantarabangsaan UMPSA dapat pengiktirafan

KUANTAN: Kejayaan program pengantarabangsaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerusi pelaksanaan program ijazah dual, penyelidikan bertaraf antarabangsa dan kerjasama industri global terus membuahkan hasil apabila universiti itu mencatat kadar bekerja graduan (GE) antara tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 99.1 peratus tahun lalu.

Lebih membanggakan, sebahagian besar graduan UMPSA kini menikmati gaji permulaan premium sekurang-kurangnya RM4,000, sekali gus menunjukkan peningkatan berterusan dalam jumlah graduan berpendapatan tinggi, satu pencapaian mencerminkan kekuatan program akademik dan hubungan industri universiti berkenaan.

Pada masa sama, pencapaian UMPSA yang diiktiraf antarabangsa mengukuhkan kedudukan untuk diiktiraf sebagai Hab Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) termaju di rantau ini berteraskan kecemerlangan akademik, penyelidikan berimpak, kerjasama global dan penghasilan graduan berkualiti tinggi.

Author
azwin