Skip to main content

Tumpu sektor pertanian, perikanan ketika nilai ringgit lemah

Kukuhnya nilai mata wang aspek penting menentukan kestabilan ekonomi negara. Kita sedia maklum kebaikan dan keburukan disebabkan turun naik nilai mata wang. Namun Malaysia sebagai negara terus membangun perlu menjaga nilai ringgit agar dapat memberikan manfaat maksimum kepada rakyat dan pelabur.
 

Secara umum, kemampuan sesebuah kerajaan mempengaruhi nilai mata wang membabitkan pelbagai faktor tempatan dan global. Keputusan dan dasar diambil bank pusat, perancangan fiskal, kestabilan politik dan keadaan ekonomi global memberi kesan terhadap nilai mata wang.

Author
azwin