Skip to main content

UMPSA bakal jadi tumpuan pengunjung Program JMU 2024 Zon Timur II

KUANTAN: Lebih 20,000 pengunjung disasarkan hadir pada Program Jom Masuk U 2024 (JMU2024) Zon Timur II anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Strategik Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) pada 1-2 Jun ini di Kompleks Sukan UMPSA, Gambang.

Siri jelajah JMU 2024 sejak 4 Mei 2024 hingga 9 Jun 2024 di sepuluh zon terpilih seluruh negara merupakan pusat sehenti pendidikan tinggi negara yang menghimpunkan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta; Institusi Latihan Kemahiran Awam & Swasta; agensi-agensi pembiayaan dan penajaan; pengesahan kelayakan; termasuk siri-siri perkongsian yang berfaedah kepada semua.

Author
azwin