PEKAN, 16 Mac 2023 - Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman menyampaikan Syarahan Umum bertajuk ‘UMP Madani’ yang memfokuskan kepada Gagasan Malaysia Madani dengan melaksanakan gerak kerja yang komprehensif bagi merealisasikan hasrat universiti dalam mencapai aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) seiring dengan agenda negara.
PEKAN, 15 Mac 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP), Yayasan UMP, Riding For The Disabled Association Malaysia (RDA) dan Kelab Ekuestrian Tanjung Lumpur memeterai kerjasama dalam aktiviti berkuda dengan berkongsi kepakaran, aktiviti kesukarelawanan dan perkhidmatan berkuda bagi membantu kanak-kanak berkeperluan khas dengan memberi terapi kepada mereka untuk pulih.
UMP diwakili oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman dan Naib Canselor, Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin.
KUANTAN, 15 Mac 2023 - Seramai 40 pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) raih Anugerah Mercu Sanjung (MARS) dalam Majlis Malam Anugerah Mercu Sanjung (MARS) sebagai mengiktiraf kejayaan mahasiswa dalam aspek kepimpinan, sukan, kebudayaan, kesukarelawanan, keusahawanan, pengucapan awam, inovasi dan lain-lain menerusi penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti pembangunan sahsiah.
KUALA LUMPUR, 17 Mac 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pejabat Hal Ehwal Akademik Kedutaan Libya dan Premium Language Center (PLC) dalam menyokong bidang akademik, penyelidikan dan pengantarabangsaan.
MANILA, 13 Mac 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) jalin kerjasama dengan pihak Colombo Plan Staff College for Technician Education (CPSC) di Filipina yang merupakan badan penyelaras pelaksanaan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) di rantau Asia Pasifik.
Kolaborasi ini memberi ruang dalam meningkatkan Kebolehpasaran Graduan (GE) lulusan TVET UMP melalui beberapa strategi nilai tambah ke arah mendapatkan pengiktirafan sebagai institusi pendidikan tinggi TVET peringkat global.
PEKAN, 15 Mac 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menandatangani perjanjian bekalan tenaga boleh diperbaharui (SARE) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan anak syarikat milik penuh TNB Renewables, GSPARX Sdn. Bhd. dalam majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet UMP Pekan baru-baru ini.
GAMBANG, 14 Mac 2023 - Pameran Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREX), Universiti Malaysia Pahang (UMP) 2023 penganjuran kali ke-13 menyaksikan seramai 84 pemenang pingat emas, 146 pemenang pingat perak dan 36 pemenang pingat gangsa yang membabitkan sebanyak 279 penyertaan daripada kategori staf, pelajar IPT dan pelajar sekolah.
Hadir merasmikan program Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin.
GAMBANG, 24 Februari 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) melancarkan set hidangan Menu Kasih Rahmah yang ditawarkan kepada warga UMP yang dapat dinikmati dengan hidangan tengah hari pada harga RM 5.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin bertempat di Orange Kafe berdekatan bangunan pejabat UMP Advanced dan Fakulti Pengurusan Industri di UMP Gambang yang pada masa yang sama turut merasmikan Dmagia Café yang baharu memulakan operasinya.
MANONG, 10 Mac 2023 - Seramai 25 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang terdiri daripada Skuad Yayasan UMP memanfaatkan masa cuti semester mereka dengan menyertai Program Sentuhan Kasih@Manong, Perak bagi menyantuni warga tua dan merapatkan hubungan generasi dengan warga di Pusat Pengajian Pondok Ar-Ridzuan (PPPAR) serta masyarakat setempat melalui baru-baru ini.
PEKAN, 13 Mac 2023 – Meminati dunia robot sejak kecil dan berpeluang menyertai pertandingan robot ketika mewakili peringkat daerah sewaktu berusia 11 tahun mendorong Aidisyahrul Hanif, 24 untuk terus mendalami bidang ini sewaktu mengikuti pengajian di Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Kini, impiannya menjadi kenyataan apabila ditawarkan berkhidmat di Syarikat Robopreneur Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah syarikat bumiputera yang membawa masa depan dengan meningkatkan keupayaan robot perkhidmatan berkuasa AI dalam meringankan kerja seharian.
Isu keselamatan berkaitan dengan operasi kilang Lynas di Gebeng, Pahang sekali lagi menjadi isu perdebatan apabila tiba masanya untuk lesen operasi Lynas hendak diperbaharui.
Perkara ini bukan pertama kali berlaku tetapi berlaku setiap kali bila tiba masanya untuk lesen operasi Lynas hendak diperbaharui. Perdebatan ini menjadi bertambah meriah terutamanya apabila tiba musim pilihan raya atau apabila berlaku pertukaran kerajaan.