Penyelidikan dan Inovasi Penyelidik UMP hasilkan alat penyedut madu kelulut lebih berkualitiSekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) menghasilkan produk ‘Sleek Pump’ bagi memudahkan kepada pengusaha projek ternakan madu kelulut untuk menyedut madu dengan tidak menjejaskan kualiti madu tersebut. “Malaysia mempunyai lebih daripada 4,000 penternak madu kelulut di seluruh negara. Di negeri Pahang sahaja ahli yang berdaftar dengan Persatuan Usahawan Kelulut Pahang (PUKP) adalah seramai 110 orang dan dianggarkan dapat menghasilkan 1,400 kg madu sebulan. “Justeru, persatuan ini pernah menyuarakan agar dapat membantu menyediakan kaedah bagi menyedut atau menuai hasil madu yang lebih mudah dan murah. Maka bermula dari situlah idea penghasilan penyedut madu ini dihasilkan. “Sebelum ini, pelbagai kaedah yang digunakan untuk menyedut madu antaranya dengan menggunakan penyedut minuman, picagari, malah ada juga yang menggunakan pump. Namun dengan kaedah tersebut terdapat pelbagai masalah seperti kurang kualiti madu, madu berbuih, sedutan yang perlahan dan sebagainya,” ujar beliau baru-baru ini. 'Sleek Pump' merupakan salah satu alat penyedut madu yang menggunakan bateri dan mudah di bawa ke mana sahaja. Baginya, jika penoreh getah memerlukan pisaunya, bagi penternak kelulut pula perlu memiliki alat penyedut ini bagi mendapatkan madu yang berkualiti tinggi. Ujarnya lagi, pada peringkat awal produk ini digunakan dan diuji oleh seramai 30 penternak daripada Persatuan Usahawan Kelulut Pahang. “Di sinilah mereka mendapat input bagi sentiasa menambah baik produk ini. Berdasarkan testimoni yang diterima, mereka mengatakan pump ini lebih laju berbanding produk atau kaedah lain dan baterinya lebih tahan lama. “Tambahan pula ia akan menghasil madu yang kurang berbuih. Kebanyakan penggemar madu tidak menyukai madu yang terlalu banyak berbuih sehingga kadangkala boleh menyebabkan botol penyimpanan pecah. “Dengan menggunakan 'Sleek Pump' sedutan madu dapat dibuat terus dari kantung madu dalam sarang kelulut. Kemudian madu tersebut akan terus masuk ke dalam botol. Sistem ini dilengkapi bateri yang akan bertahan sehingga empat jam penggunaannya,” katanya. Kemudian madu tersebut akan terus masuk ke dalam botol dan tidak perlu untuk menunggu masa antara seminggu hingga sebulan bagi proses pemendapan buih. Jelas beliau lagi, kini produk ini dalam proses untuk dipasarkan dan bagi yang berminat boleh mendapatkannya dengan harga antara RM500 hingga RM600. “Reka bentuk model ini juga bersifat kompak dan dengan menggunakan 'Sleek Pump' sedutan madu dapat disedut dengan laju serta dijamin kualitinya apabila madu tersebut tidak akan berbuih. Kumpulan penyelidik ini turut melibatkan penyelidik lain iaitu Dr. Daing Mohamad Nafiz Daing Idris, Dr. Mohd Hazwan Yusof, Dr. Mohd Yusof Taib, Abdullah Inrahim Mahmoud Al Anati, Luqman Abdul Halim dan Siti Sarah Shaikh Mohd Raziff. MyGift 40 mahasiswa UMP teruja berbuka puasa secara santai di padangOleh: SITI NURFARMY IBRAHIM, BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT Berbuka puasa di tempat umum pada 16 Mei 2019 yang lalu sambil ditemani rakan dengan cara sederhana ternyata memberikan pengalaman baharu buat 40 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP). Mereka merupakan penerima manfaat biasiswa MyGift dan Skuad MyGift Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang berpeluang berbuka puasa secara santai di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 2 yang merupakan lokasi tumpuan ramai warga Kuantan tatkala menjelangnya bulan Ramadan. Turut hadir dalam program ini, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dato' Dr. Yuserrie Zainuddin dan Pegawai MyGift UMP, Mohd. Jamil Mohd. Jaafar. Bagi mahasiswa UMP, Syamill Irhamie Shamsudin, 24 daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan (FKMP) menyifatkan program seumpama ini dapat memberi peluang buat mahasiswa untuk beramah mesra di samping dapat mengeratkan lagi hubungan baik serta berkongsi maklumat mengenai program yang akan dijalankan pada masa akan datang. “Peluang berharga ini juga turut memberi peluang dan kesempatan buat mahasiswa beramah mesra dengan pengunjung di samping menjalankan aktiviti dengan mengagihkan kurma kepada komuniti setempat dan memperkenalkan UMP ke khalayak ramai,” ujar beliau. Selain itu katanya, pengalaman berbuka puasa sambil menikmati keenakan juadah khususnya kuih-muih tradisional dari negeri Pahang di lokasi tumpuan ramai ini pastinya menjadi kenangan buatnya apabila menamatkan pengajian nanti. Sementara itu bagi Nur Syafiqah Omar, mahasiswa FKM yang juga merupakan pemegang manfaat biasiswa MyGift di bawah Tabung Endowmen Biasiswa berbangga kerana berpeluang menyertai program. “Malahan melalui program ini juga turut diadakan sesi perkongsian idea dan pendapat bagi penerima manfaat biasiswa untuk merencana program pada semester akan datang. “Program-program seumpama ini perlu dipergiat dan diperbanyakkan lagi dan tidak seharusnya tertumpu pada bulan Ramadan sahaja bagi memastikan komuniti dapat mengenali UMP dengan lebih dekat,” katanya. Padang MPK 2 yang berhampiran dengan dengan masjid negeri merupakan lokasi tumpuan buat warga Kuantan serta menjadi suatu tradisi buat umat Islam untuk berbuka puasa beramai-ramai di sini. Info Sekitar Kampus UMP santuni anak yatim dan asnaf pilih pakaian rayaPersatuan Wanita Universiti Malaysia Pahang (Matahari) baru-baru ini telah memberikan sumbangan baju raya dalam program Baju Raya Lebaran bertempat di Pasar Raya Mydin, Kuantan pada 30 Mei 2019 yang lalu. Menurut Presiden Matahari, Profesor Datin Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim, program ini merupakan salah satu program yang diaturkan sepanjang bulan Ramadan yang bertujuan untuk meringankan beban keluarga yang memerlukan bantuan menjelangnya sambutan Hari Raya. “Prihatin terhadap nasib mereka, Persatuan Matahari terpanggil untuk sama-sama membantu dengan mengumpulkan sumbangan yang diterima daripada staf UMP dan orang ramai dengan tajaan sekitar RM120 hingga RM150 seorang. “Kita membawa anak-anak ini bersama ibu atau bapa mereka ke pasar raya Mydin untuk memilih sendiri pakaian raya dengan dibantu oleh 20 sukarelawan yang terdiri daripada ahli persatuan,” ujarnya. Turut sama hadir Pro-Pendaftar, Abd Rahman Haji Safie dan Datin Sri Fazia Ali. Tambahnya lagi, selain program Baju Raya Lebaran, Persatuan Matahari juga turut menyumbangkan keperluan makanan dan harian termasuk beras, gula, tepung, produk minuman Milo, kuih raya dan lain-lain kepada 30 keluarga yang memerlukan sekitar UMP bagi menjayakan program MyGift UMP dengan meringankan beban golongan asnaf untuk membuat persiapan menyambut Aidil Fitri dengan lebih bermakna. Pihak persatuan juga bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) dalam menjayakan program Jualan Amal Raya Campus Pantry bagi berkongsi kegembiraan buat mahasiswa mendapatkan pakaian secara percuma menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri. Beliau berharap semua inisiatif persatuan ini dapat membantu golongan yang tidak bernasib baik untuk menikmati kemeriahan Aidilfitri. Pihaknya juga merakamkan penghargaan buat penyumbang dan sukarelawan yang menjayakan program ini. Sementara itu, Siti Aisyah Yusri, 15, berkata, beliau bersama tiga lagi adiknya yang menerima sumbangan baju kurung, kasut, tudung dan jubah itu sangat gembira dan tidak sabar untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini dengan pakaian baharu. Manakala seorang lagi anak yatim, Fatin Nur Hazirah Mohd Wazir, 14, merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak persatuan dan UMP atas sumbangan ini. “Walaupun arwah ayah tidak berkhidmat lagi di UMP namun kami tetap diingati. Saya berhasrat untuk memakai baju ini ketika menziarahi pusara ayah pada hari raya pertama nanti,” katanya. Info Sekitar Kampus Baju raya buat mahasiswa UMPHampir 1 kontena pakaian kanak-kanak dan dewasa serta pelbagai barangan keperluan lain berjaya dikumpulkan hasil sumbangan warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan orang ramai sempena Program Jualan Amal Raya Campus Pantry di perkarangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA), UMP Kampus Gambang pada 29 Mei 2019 yang lalu. Program yang masuk tahun kedua ini merupakan inisiatif JHEPA dengan kerjasama Persatuan Wanita UMP (Matahari) dengan mendapat sokongan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi berkongsi kegembiraan menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Menurut Pengurus Besar JHEPA, Haryani Abdullah, program ini juga bertujuan untuk membantu mahasiswa untuk mendapatkan pakaian secara percuma dan pengunjung juga boleh menyumbang dengan jumlah bayaran yang kecil antara RM 1 hingga RM 10 untuk disumbangkan di dalam tabung UMP Campus Pantry untuk manfaat mahasiswa. “Pakaian ini telah disumbangkan oleh warga UMP sejak seminggu yang lalu dan kebanyakan pakaian terdiri daripada baju kurung, baju Melayu, kemeja, seluar kanak-kanak dan dewasa, kain, sejadah serta telekung yang masih baharu serta selesa digunakan. “Program sehari ini terbuka kepada mana-mana mahasiswa dan masyarakat sekitar dan mereka boleh untuk mengambil pakaian ini untuk kegunaan sendiri mahupun keluarga. “Berbanding penganjuran sebelum ini, selain pakaian percuma pihaknya juga memberi peluang buat mahasiswa dan pengunjung mendapatkan pakaian sambil beramal,” katanya. Bagi Pengarah Program, Paridah Mohd. Ali yang juga Pegawai Psikologi Kanan UMP, sungguhpun program berlangsung tatkala minggu peperiksaan pihaknya berbangga dengan komitmen sukarelawan mahasiswa yang banyak membantu. “Dalam pada itu, sukarelawan daripada staf JHEPA dan ahli persatuan turut turun padang membantu dalam mengumpul dan mengasingkan pakaian dalam memastikan hanya pakaian yang sesuai diagihkan. “Selepas lebih lima jam program berlangsung bermula jam 10 pagi menyaksikan kira-kira 1,000 orang memenuhi lokasi program itu untuk mengambil barangan diperlukan dan sebanyak RM2,000 sumbangan berjaya dikumpulkan,” katanya. Sementara itu, Maizatul Masliza Norman, 21, yang merupakan mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi Industri (FIST) amat berterima kasih kepada UMP atas penganjuran program ini yang membolehkan beliau membawa pulang pakaian sendiri malah beberapa baju kurung untuk dihadiahkan kepada ibu dan adik-adik di kampung. Manakala Zuraini Ahmad, 43, yang tinggal di Lepar Hilir berkata, program ini memang ditunggu-tunggu. Beliau yang mendapat tahu mengenai program ini daripada rakan-rakan yang bekerja di UMP melahirkan perasaan amat gembira kerana memperoleh pakaian yang sesuai untuk dipakai pada hari raya nanti. Ujarnya, sumbangan ini besar maknanya buat beliau sekeluarga. MyGift Pelajar sekolah teruja berbuka puasa dengan mahasiswa UMP dalam kampusTeruja untuk berbuka puasa bersama mahasiswa universiti, seramai 41 orang pelajar tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Serandu Pekan bersama fasilitator MyCilik Serandu dan mahasiswa UMP Pekan menyertai program berbuka puasa bertempat di Masjid UMP Pekan pada 14 Mei 2019 yang lalu. Program Cahaya Ramadan MyCilik Serandu anjuran MyGift UMP ini merupakan aktiviti sebagai menyokong inisiatif MyGift yang dilaksanakan di universiti ini. Program ini merupakan satu inisiatif bagi memberi sokongan dan membantu persiapan pelajar untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini. Program Cahaya Ramadan MyCilik Serandu memberi peluang pelajar sekolah menimba pengalaman dengan berbuka puasa bersama mahasiswa UMP secara beramai - ramai di Masjid UMP melalui tradisi iftar menggunakan talam. Pengurus Projek, Muhd Hariz Asyraf Marzuki berkata, program seperti ini amatlah berfaedah kerana di samping menjalani persediaan untuk menduduki peperiksaan, mereka dapat meluangkan masa bersama dengan abang dan kakak fasilitator MyCilik Serandu di bulan Ramadan kali ini. “Iftar yang disediakan dalam talam ini menjadi tradisi di universiti yang secara tidak langsung dapat merapatkan ukhuwah. “Selain itu juga, melalui kaedah makan bertalam ini senyuman yang terukir di wajah mereka ini ketika menjamu selera bertalam buat pertama kali,” katanya. Bagi pelajar sekolah, Muhammad Yaakob Jailani, beliau sangat gembira kerana berpeluang menyaksikan keindahan kampus UMP serta berbuka puasa bersama dengan abang dan kakak fasilitator. Selain itu, beliau juga menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki sebagai mahasiswa di menara gading suatu hari nanti. Info Sekitar Kampus Program Infak Ramadan #BPACare hulur sumbangan ceriakan murid sekolahOleh: JULIANA MOHD. ALI, BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK Dalam menyemarakkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Bahagian Pemasaran & Pengambilan Pelajar (BPPP) Universiti Malaysia Pahang (UMP) meraikan seramai 44 murid sekolah kurang berkemampuan dan anak yatim yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Serandu Pekan bersempena Majlis Infak Ramadan dan Khatam al-Quran anjuran sekolah berkenaan pada 24 Mei 2019. “Program ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan baik dan sinergi UMP dengan pihak luar dalam konteks pelaksanaan inisiatif berkaitan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi manfaat masyarakat setempat khususnya di Kuala Pahang,” katanya. Begitu juga dengan komitmen staf UMP dan pihak sekolah dalam memastikan program berjalan lancar. “Kemudahan fasiliti yang ada di sekolah ini amat kurang bagi menampung bilangan murid yang ada termasuk pengurusan murid istimewa. “Pihak sekolah juga mengharapkan agar jalinan kerjasama ini dapat diteruskan lagi dengan projek-projek CSR yang lain pada masa akan datang,” ujar beliau. |
- 114 views