Skip to main content

UMPSA anjur Kursus Emergency Tabletop Exercise (TTX) 2025

PEKAN, 22 Julai 2025 – Seramai 36 orang staf daripada Pusat Bahasa Moden (PBM) dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) lain di Zon PBM, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menyertai Kursus Emergency Tabletop Exercise (TTX) 2025 anjuran Unit Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKPP) PBM bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan kecekapan warga kerja dalam menghadapi situasi kecemasan secara terancang.

Kursus sehari itu dikendalikan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Ts. Dr. Azizan Ramli yang mempunyai sijil kompetensi sebagai Crisis Management Certified Planner (CMCP) [3094-CMCP-20231231].

Beliau berpengalaman luas dalam pengurusan bencana dan sering  dijemput untuk memberikan latihan keselamatan. 

Menurut Ts. Dr. Azizan, latihan simulasi seperti TTX ini menekankan kepentingan komunikasi berkesan, tindakan segera, dan pengurusan risiko ketika berlaku insiden. 

“Tujuan utama latihan adalah untuk memastikan semua staf faham dan bersedia melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam Pelan Tindakan Kecemasan yang telah digariskan iaitu keberkesanaan Standard Operating Procedure (SOP).

“Latihan seperti ini membolehkan kita mengenal pasti kelemahan semasa dan memperbaikinya sebelum sesuatu insiden itu benar-benar berlaku,” ujarnya. 

UMPSA anjur Kursus Emergency Tabletop Exercise (TTX) 2025

 
Dr. Azizan turut menekankan bahawa tanpa ilmu serta latihan yang tidak mencukupi boleh menyebabkan warga kerja tidak berupaya bertindak pantas, salah faham arahan dan gagal melindungi nyawa serta harta benda. 

“Keadaan ini boleh menggugat kelangsungan operasi sesebuah jabatan dan membahayakan seluruh komuniti kampus,” katanya. 

UMPSA anjur Kursus Emergency Tabletop Exercise (TTX) 2025

Manakala menurut Ketua Unit JKPP PBM, Farah Hanan Aminallah, latihan seperti ini penting untuk membentuk budaya kerja yang lebih cakna, responsif dan bertanggungjawab.

“Latihan ini bukan sahaja menyentuh aspek teknikal dan tindakan, tetapi turut menyuntik kesedaran serta refleksi terhadap keselamatan semua pihak di tempat kerja. 

“Saya berharap program ini akan menjadi amalan berkala di peringkat fakulti bagi memastikan keselamatan sentiasa menjadi keutamaan bersama.

"Keselamatan bermula dengan satu soalan mudah: 'Sudahkah aku bersedia?,” katanya. 

Disediakan Oleh: Jamilah Bebe Mohamad dan Arulselvi A/P Utahayakumaran, Pusat Bahasa Moden (PBM)

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri