Mahasiswa UMP gigih kumpul sumbangan bantu mangsa gempa bumi Palu
Kuantan, 19 Februari- Prihatin dengan nasib mangsa tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda Kota Palu di Indonesia pada 28 September tahun lalu, sukarelawan Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang digerakkan oleh Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Kejuruteraan Kimia (CHEST) menganjurkan program Misi Kemanusiaan Palu untuk membantu meringankan beban mangsa di sana.