Hilang tempat bergantung, Loh Fui Qi raih Anugerah Kecemerlangan Telekom Malaysia Berhad
GAMBANG, 29 Oktober 2024 – “Prinsip hidup saya adalah ‘YOLO’ (You Only Live Once)”, begitulah kata-kata yang sentiasa dipegang oleh Loh Fui Qi, 24 graduan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang meraih Anugerah Kecemerlangan Telekom Malaysia Berhad pada Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-19 baru-baru ini.
Graduan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) itu berasa gembira kerana penat lelahnya membuahkan hasil apabila menerima Anugerah Dekan sepanjang empat tahun pengajiannya di UMPSA.
Ujarnya, ibu beliau telah meninggal dunia pada 4 Mac 2024 ketika dirinya berada di semester kelapan akibat septic shock secondary to ifective endocarditis.
“Kehilangan ibu merupakan cabaran terbesar dalam kehidupan saya, namun dengan sokongan penyelia saya, Dr. Mohamad Shaiful Abdul Karim serta rakan-rakan, saya berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya.
“Kejayaan terbesar saya adalah menghadiri Istiadat Pentauliahan KOR SISPA Peringkat Kebangsaan Kali Ke-15 Tahun 204 yang telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,” katanya lagi.
Anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik ni merupakan pelajar yang sangat aktif dalam bidang akademik dan aktiviti-aktiviti sepanjang pengajian di UMPSA.
Loh Fui Qi pernah melibatkan diri dalam beberapa program Malaysia-China, TAM Certified dan NIOSH-TM Safety Passport, Misi Sukarelawan Pelajar (YSS) ke Sabah pada tahun 2022.
Disediakan oleh: Noraini Yusoff, Pusat Komunikasi Korporat
- 47 views