Skip to main content

120 sukarelawan UMPSA, TMB, SWCorp dan Alam, Flora kutip 190.2kg sisa sepanjang kurang 500m di Pantai Tanjung Gosong

PEKAN, 14 November 2025 - Seramai 120 sukarelawan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Tanah Makmur Berhad, SWCorp dan Alam Flora telah menjayakan program Plogging@Pantai Tanjung Gosong.

Pengarah Pusat Pembangunan Lestari (SDC) UMPSA, Dr. Suhaidah Hussain berkata, program ini merupakan siri ketiga yang diadakan bersempena dengan Hari Antartika 2025.

120 sukarelawan UMPSA, TMB, SWCorp dan Alam, Flora kutip 190.2kg sisa sepanjang kurang 500m di Pantai Tanjung Gosong

“Program ini bukan sahaja berjaya menyemai rasa tanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar, malah menjadi platform kolaborasi strategik antara universiti, agensi kerajaan dan pihak industri.

“Pada hari ini, jumlah berat keseluruhan sisa adalah sebanyak 190.2 kilogram dengan jarak kutipan kurang 500 meter sepanjang pantai.

“Daripada jumlah tersebut, sisa yang tertinggi iaitu plastik/rigid (27.5 kg) diikuti dengan sisa kaca (11 kg) dan botol plastik (kertas 1.5 kg),” ujarnya. 

Data sisa yang dikumpulkan ini digunakan untuk tujuan audit sisa dan analisis trend pembuangan sampah bagi merancang langkah-langkah pengurangan sisa di pantai tersebut.

120 sukarelawan UMPSA, TMB, SWCorp dan Alam, Flora kutip 190.2kg sisa sepanjang kurang 500m di Pantai Tanjung Gosong

Beliau turut menasihati para pengunjung pantai agar lebih bertanggungjawab dengan tidak membuang sampah merata-rata, sebaliknya mengamalkan tabiat membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan atau membawanya pulang sekiranya tiada kemudahan tong sampah di lokasi.

Turut hadir Pengurus Besar Sumber Manusia, TMB, Muhamad Adlan Ma'arup dan Pengurus Kanan Pematuhan dan Kemampanan TMB, Isrizal Israni. 

Disediakan Oleh: Nor Salwana Mohammad Idris, Pusat Pembangunan Kelestarian

Reports by:
AINIEY