Skip to main content

UMPSA jadi tarikan himpunan lebih 120 buah kenderaan mewah berkuasa tinggi dan kereta antik

GAMBANG, 27 Julai 2025 - Deruman kenderaan memecah kesunyian apabila lebih 100 buah kereta mewah dan antik serta 20 buah motosikal berkuasa tinggi berhimpun di Pekarangan Canseleri, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Kampus Gambang dalam program Majlis Ramah Mesra dan Perhimpunan Kereta Mewah dan Antik sempena penganjuran Pesta Kuantan 188 hari ini.

UMPSA jadi tarikan himpunan lebih 120 buah kenderaan mewah berkuasa tinggi dan kereta antik

Ketibaan kenderaan itu disambut oleh lebih 100 pelajar UMPSA dan turut disertai seramai 60 anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Permata Camar dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman yang berpeluang menyertai konvoi dengan menaiki kenderaan ke Menara Kuantan 188.

UMPSA jadi tarikan himpunan lebih 120 buah kenderaan mewah berkuasa tinggi dan kereta antikUMPSA jadi tarikan himpunan lebih 120 buah kenderaan mewah berkuasa tinggi dan kereta antik

Hadir menyambut konvoi, Penolong Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabanga (Pengantarabangsan), Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim yang hadir mewakili Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias.

Turut sama hadir Pengarah, Pusat Komunikasi Korporat (PKK), Mimi Rabita Abdul Wahit, Naib Presiden Team Tunink dan MMK 8139, Muhammad Irham Hafiz Badrul Hisham dan mewakili The Driverz Club Organizing Committee, Tan Kok Ho, Tan Ying Chyuan, Izyan Syafinaz Ahmad Haspan dan Malcolm Koo.

Hadir sama Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman Kuantan, Haji Badrul Huzaini Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Operasi, Badan Kebajikan Anak Yatim Permata Camar, Haji Abdul Rahman  Abdullah.

Menurut Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah, program kali kedua ini merupakan hasil kerjasama UMPSA dan Menara Kuantan 188.

“Perhimpunan kenderaan mewah dan antik di UMPSA ini menjadi tarikan kepada pengunjung khususnya pelajar dan komuniti sekitar Paya Besar.

“Pihak UMPSA berbesar hati apabila dipilih buat kali kedua sebagai destinasi persinggahan yang memberi peluang buat warga universiti menyaksikan sendiri kenderaan mewah, antik dan motosikal berkuasa tinggi sebelum bergerak menuju ke Kuantan dalam menjayakan program K188 Cars & Coffee bersempena Pesta Kuantan 188,” ujarnya. 

UMPSA jadi tarikan himpunan lebih 120 buah kenderaan mewah berkuasa tinggi dan kereta antik

Beliau hadir bagi beramah mesra dengan para peserta dan melepaskan peserta konvoi bergerak ke Menara Kuantan 188. 

Manakala bagi Muhammad Irham, pihaknya menghargai kerjasama UMPSA dan Menara Kuantan 188 dalam menjayakan program K188 Cars & Coffee sempena Pesta Kuantan 188 pada tahun ini.

“Kebanyakan peserta adalah dari Kuala Lumpur dan di sini mereka boleh berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Menara Kuantan 188,” katanya. 

Sementara itu, bagi peserta program, Muhammad Harraz Hazkhirie yang baharu mendaftar bagi kemasukan Diploma 2025/2026 pada 19 Julai yang lalu berkata, beliau sangat gembira pada hari ini.

“Saya sangat gembiran kerana dapat bersenam bersama rakan-rakan serta terpilih menerima Baucer Tiket Menara Kuantan 188 dalam kuiz yang diadakan.

“Pengalaman manis ini amat bermakna bagi saya yang meminati bidang Automotif,” katanya. 

Program ini diadakan sebagai sebahagian program sambutan bagi memuliakan Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang dengan pelbagai acara dan aktiviti yang berlangsung antaranya Cars & Coffee.

Pesta Kuantan 188 yang berlangsung selama tiga hari sejak 25 hingga 27 Julai itu turut menganjurkan Kejohanan Powerboat Royal Pahang F3000, Basejump, Royal Pahang Dragon Boat Reggata dan K188 Towerthon yang menyajikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh rakyat di negeri Pahang.

Disediakan Oleh: Wallid Wahidi Hamzah, Pusat Komunikasi Korporat
 

Reports by:
AINIEY