Kuantan: Anak pensyarah dan penjaja makanan diumum sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesyen Kali ke-20 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang akan berlangsung di Dewan Kompleks Sukan UMPSA Gambang, di sini, hari ini.
Dua graduan universiti itu ialah Khairul Imran Khalip, 26, dari Bandar Baru Bangi, Selangor dan Ik Shim Eh Fhot, 24, dari Kuantan bakal menerima anugerah berkenaan daripada Pro-Canselor UMPSA, Tan Sri Dr Abi Musa Asa'ri Mohamed Nor.
Khairul Imran yang juga anak kepada pensyarah berkata, dia tidak pernah mengimpikan akan menerima anugerah berkenaan dan menganggapnya rezeki atas kesungguhan dan sokongan daripada semua termasuk keluarga.
"Saya tidak pernah menduga akan menerima Anugerah Pelajaran Diraja ini tetapi teruja apabila diumumkan sebagai penerima anugerah tertinggi ini.