Kuantan: Penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP), Syahirah Syazwani Shamsudin muncul juara 'Chinese Bridge Competition Malaysia Preliminary 2021' anjuran Kedutaan China dengan kerjasama Institut Kongzi Universiti Malaya, baru-baru ini.
Kejayaan itu menyaksikan Syahirah mewakili negara dalam pertandingan peringkat antarabangsa pada penghujung tahun ini bersama calon yang mempelajari Bahasa Mandarin sebagai bahasa asing dari benua Asia, Eropah, Afrika, Amerika dan Australia.
Pengarah Institut Konfusius UMP (CI UMP) Yong Ying Mei, berkata pertandingan itu dinilai menerusi ujian, persembahan, soal jawab dan pengucapan awam.