Skip to main content

UMPSA pamer inovasi penyelidikan dan jalin kerjasama dengan industri sempena Festival of Ideas Putrajaya (FOI)

PUTRAJAYA, 29 November 2024 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) turut serta dalam Festival of Ideas (FOI) Putrajaya yang julung kali dianjurkan baru-baru ini.

Festival Idea Putrajaya ini merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya yang berlangsung selama dua hari bermula pada 27 hingga 29 November 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC). 

Program libat urus KPT bersama perwakilan negara ke arah pengantarabangsaan IPT

KUALA LUMPUR, 5 Februari 2024 - Program libat urus Menteri Pendidikan Tinggi bersama perwakilan negara luar yang berlangsung dalam Majlis Networking Luncheon with the Diplomatic Missions in Malaysia di Wyndham Grand Bangsar, Kuala Lumpur merupakan satu inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk mengeratkan hubungan di antara KPT dengan agensi yang terlibat bersama kedutaan negara luar di Malaysia.  

3 ‘HB’ mantapkan kolaborasi universiti-industri

KUANTAN, 27 November 2023 - Pengarah Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dato' Mohd Sharil Abdullah menggariskan ‘3 HB’ dalam mempergiat usaha dalam mengenal pasti keperluan universiti-industri pada masa hadapan selaras dengan keperluan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (New Industrial Master Plan - NIMP 2030).

HB yang pertama berkaitan hubungan baik universiti-industri yang saling lengkap melengkapi. 

UMP berada di landasan yang tepat hasil graduan kompeten

PEKAN, 3 Julai 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) berada di landasan yang tepat dalam menghasilkan graduan TVET yang mampu menyumbang terhadap pembangunan negara. 

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin yang hadir bersama delegasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam lawatan kerja ke kampus universiti di Pekan berkata, UMP telah mendahului dan mempunyai perancangan dalam meningkatkan peratusan pelajar yang mengikuti pengajian TVET. 

Pasukan UMPBot cipta robot

Kuala Lumpur - Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya mencipta robot  yang hanya  mengambil masa dalam tempoh tiga bulan bermula dengan proses membina dan menyiapkan robot untuk dipertandingkan dalam ROBOCON 2018 yang telah berlangsung di Dewan Seri Sarjana, UNITEN, Bangi baru-baru ini. Mereka terdiri daripada 16 mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP), lima mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) dan dua mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM)

 

UMP tumpu Inovasi Nilai 4.0 menuju kegemilangan

Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan terus memperkasa bidang pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan yang bertaraf dunia dalam ekosistem kejuruteraan dan teknologi dengan lebih kreatif juga inovatif yang dapat memanfaatkan masyarakat dan negara ini. Majlis Amanat Naib Canselor UMP 2018 bertemakan `Inovasi Nilai 4.0: UMP di Lautan Biru memberi tumpuan Inovasi Nilai yang akan memberi impak kepada organisasi dan membawa manfaat terhadap komuniti.

Subscribe to Kementerian Pendidikan Tinggi