KUANTAN – Inisiatif Universiti Malaysia Pahang (UMP) menawarkan kursus bahasa asing seperti bahasa Mandarin kepada para penuntutnya dilihat dapat meningkatkan semngat perpaduan di samping memenuhi keperluan semasa.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Kamal Zuhairi Zamli berkata, budaya tradisi masyarakat Cina boleh dihayati lebih berkesan dengan menguasai Bahasa Mandarin.