Pendekatan Model Keju Swiss dalam mengekang penularan Pandemik Covid-19
Kerajaan sentiasa konsisten dalam membendung penularan bagi menamatkan pandemik Covid-19 di Malaysia menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Inisiatif ini bertujuan untuk mencapai keimunan kelompok dalam kalangan rakyat dan juga bukan warganegara yang sedang menetap di negara ini. Sekiranya pandemik Covid-19 tidak dapat dikawal, negara berisiko untuk berhadapan dengan keruntuhan sistem kesihatan. Walau bagaimanapun, para saintis menyatakan bahawa vaksinasi sahaja tidak mampu untuk menghalang penularan pandemik global ini.