Skip to main content

RISDA, UMPSA teroka potensi biofuel berasaskan getah sekerap

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) terus memperkasa komuniti desa menerusi kerjasama strategik dengan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dalam usaha pembangunan dan penyelidikan teknologi penghasilan bahan bakar bio (biofuel) berasaskan getah sekerap.

Inisiatif awal kerjasama itu merupakan sebahagian daripada usaha menyokong Aspirasi Desa Madani cetusan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap pembangunan teknologi hijau untuk manfaat lebih 508,000 pekebun kecil di seluruh negara.

Author
azwin