Skip to main content

UMPSA anjur 6th UMPSA East Coast Handball Championship & International Invitation (6UECC)

GAMBANG, 7 November 2024 – Sebanyak 28 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita daripada seluruh Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara telah menyertai Kejohanan 6th UMPSA East Coast Handball Championship & International Invitation (6UECC) anjuran Kelab Bola Baling Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Pusat Sukan UMPSA, Akademi A.D.A.B UMPSA dan Persekutuan Bola Baling Malaysia di Kompleks Sukan Universiti, UMPSA Kampus Gambang. 

Kejohanan selama tiga hari ini merupakan acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh peminat sukan bola baling dan mendapat pengiktirafan rasmi daripada Persekutuan Bola Baling Malaysia (MAHF).

Menurut Pengarah Kejohanan 6th UECC & International Invitation, Auni Nadzirah Abdul Rasid, kejohanan terdiri daripada pelbagai universiti tempatan, kelab professional dan pasukan dari negara jiran seperti Universitas Negeri Jakarta dan Universitas Negeri Surabaya dari Indonesia dan juga dari Singapura. 

“Setiap kategori menampilkan aksi sengit di antara pelajar universiti dengan pemain profesional dari Asia Tenggara.

“Kejohanan bukan sahaja berjaya mempromosikan sukan bola baling dalam kalangan generasi muda tetapi turut memperkukuh kedudukan UMPSA sebagai pusat kecemerlangan sukan di Malaysia. 

“Diharapkan kejohanan ini akan terus berkembang pada masa akan datang dan menjadi platform bagi bakat-bakat baharu bersinar pada peringkat antarabangsa,” ujarnya. 

Tambahnya lagi, ia juga merupakan salah satu program yang melibatkan Inbound Mobility serta menyokong Sustainable Development Goals (SDG) seperti SDG 3: Good Health and Well-being, SDG 4: Quality Education dan SDG 17: Partnerships for the Goals. 

“Dengan adanya penglibatan pasukan antarabangsa, kejohanan ini juga dapat membantu membina jaringan kerjasama global dan memperkukuh hubungan komuniti,” katanya. 

GAMBANG, 7 November 2024 – Sebanyak 28 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita daripada seluruh Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara telah menyertai Kejohanan 6th UMPSA East Coast Handball Championship & International Invitation (6UECC) anjuran Kelab Bola Baling Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Pusat Sukan UMPSA, Akademi A.D.A.B UMPSA dan Persekutuan Bola Baling Malaysia di Kompleks Sukan Universiti, UMPSA Kampus Gambang.   Kejohanan selama tiga hari ini merupakan acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh peminat sukan bola baling dan mendapat pengiktirafan rasmi daripada Persekutuan Bola Baling Malaysia (MAHF).  Menurut Pengarah Kejohanan 6th UECC & International Invitation, Auni Nadzirah Abdul Rasid, kejohanan terdiri daripada pelbagai universiti tempatan, kelab professional dan pasukan dari negara jiran seperti Universitas Negeri Jakarta dan Universitas Negeri Surabaya dari Indonesia dan juga dari Singapura.   “Setiap kategori menampilkan aksi sengit di antara pelajar universiti dengan pemain profesional dari Asia Tenggara.  “Kejohanan bukan sahaja berjaya mempromosikan sukan bola baling dalam kalangan generasi muda tetapi turut memperkukuh kedudukan UMPSA sebagai pusat kecemerlangan sukan di Malaysia.   “Diharapkan kejohanan ini akan terus berkembang pada masa akan datang dan menjadi platform bagi bakat-bakat baharu bersinar pada peringkat antarabangsa,” ujarnya.   Tambahnya lagi, ia juga merupakan salah satu program yang melibatkan Inbound Mobility serta menyokong Sustainable Development Goals (SDG) seperti SDG 3: Good Health and Well-being, SDG 4: Quality Education dan SDG 17: Partnerships for the Goals.   “Dengan adanya penglibatan pasukan antarabangsa, kejohanan ini juga dapat membantu membina jaringan kerjasama global dan memperkukuh hubungan komuniti,” katanya.   Dalam kejohanan ini, Universitas Negeri Jakarta telah muncul sebagai johan diikuti UiTM Lions sebagai naib johan.   Tempat ketiga pula dimenangi oleh Rhapsody HC dan Universitas Negeri Surabaya menduduki tem

Dalam kejohanan ini, Universitas Negeri Jakarta telah muncul sebagai johan diikuti UiTM Lions sebagai naib johan. 

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Rhapsody HC dan Universitas Negeri Surabaya menduduki tempat keempat. 

Bagi kategori wanita pula, pasukan dari negara Singapura berjaya mempertahankan kejuaraan diikuti negeri Terengganu sebagai naib johan. 

Tempat ketiga diraih oleh PGHC, manakala UiTM Lions menduduki tempat keempat.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Paya Besar, Yang Berhormat Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah dan turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMPSA, Mohd Aznorizamin Haji Ismail, wakil rasmi Persekutuan Bola Baling Malaysia, Fadli Sidek, Pengurus Operasi MMC Manufacturing Sdn. Bhd., Mohd Norsyafiq Abdul Hamid, dan Pengarah Kejohanan 6th UECC & International Invitation, Auni Nadzirah Abdul Rasid. 

Disediakan Oleh: Wan Nur Iwani Awatif Wan Ahmad Yani, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA)

Reports by:
Admin UMP News