Skip to main content

Ubah mentaliti anggap tandas tempat ‘kotor’

KUANTAN: Masyarakat khususnya di luar bandar masih menganggap tandas hanya digunakan untuk membuang najis dan tidak perlu terlalu bersih kerana ia sememangnya ‘kotor’. Pensyarah Pusat Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Prof. Dr. Hasan Ahmad berkata, ia fahaman yang silap dan bertentangan dengan prinsip kebersihan dalam Islam kerana Rasulullah SAW sendiri mengajar kebersihan adalah sebahagian daripada iman. “Masalah ini tidak hanya berkaitan sikap pengguna semata-mata, tetapi sistem penyelenggaraan yang lemah. Banyak fasiliti awam tidak mempunyai sistem pembersihan berkala, kekurangan pekerja kebersihan dan kekurangan bahan asas seper­ti sabun, tisu…

Author
azwin