Skip to main content

Leong Ying Foo sambung PhD kerana minat yang mendalam terhadap Penyelidikan

GAMBANG, 25 Oktober 2024 – Minat yang mendalam terhadap bidang penyelidikan telah mendorong seorang penyelidik Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) iaitu Leong Ying Foo, 26 untuk menceburi bidang tersebut ketika pengajiannya di universiti ini. 

Leong  Ying Foo adalah  penerima pingat emas selepas memperoleh Purata Gred Nilai Kumulatif (PGNK) 3.79 dan sekali gus melayakkan beliau menerima Ijazah Kelas Pertama pada Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-19.

Muhammad Sofwan raih Anugerah Canselor UMPSA

GAMBANG, 26 Oktober 2024 - Muhammad Sofwan Sapiyan, 24, seorang graduan cemerlang dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah membuktikan bahawa ekosistem kekeluargaan yang kukuh adalah kunci kepada kejayaan akademiknya. 

Sofwan telah dinobatkan  sebagai penerima Anugerah Canselor dalam Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-19 dan beliau telah membuktikan kecemerlangannya dalam bidang akademiknya dengan  memperoleh Anugerah Dekan selama tujuh semester berturut-turut dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.82. 

Lee Jen Sen hasilkan projek Pembangunan Sistem Pengesanan Kelajuan Berlebihan raih Anugerah Emas UMPSA

GAMBANG, 25 Oktober 2024 – Kerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh, itulah petua yang diamalkan oleh Lee Jen Sen, 21, untuk meraih kejayaan di dalam pengajiannya. 

Buktinya, beliau sering meraih Anugerah Dekan setiap semester yang melayakkan beliau menjadi penerima Anugerah Emas Universiti pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19. 

Pro-Canselor UMPSA, KDPM Tengku Mahkota Pahang titah graduan jaga tingkah laku dan integriti

GAMBANG, 26 Oktober 2024 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Pro-Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bertitah agar graduan jaga tingkah laku dan integriti.

“Saya juga tidak mahu graduan UMPSA terlibat dengan aktiviti yang salah di sisi undang-undang,” titahnya. 

Subscribe to Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-19