Skip to main content

Didik Mahasiswa Dengan Kerangka Sosial Di Persetujui Semua

KUANTAN – Golongan mahasiswa perlu dididik dengan kerangka sosial yang dipersetujui semua kaum dalam pembentukan negara, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baginda bertitah perkara itu penting memandangkan golongan tersebut merupakan pewaris tamadun negara dan kerangka sosial adalah asas yang membentuk perpaduan Malaysia.

"... ini termasuklah kedudukan agama Islam, hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan Raja-raja Melayu yang ditabalkan dengan penuh kemuliaan. Kita seharusnya menghormati apa yang digariskan dalam Perlembagaan.

"Kerangka sosial ini yang membentuk perpaduan dan persefahaman rakyat sehingga akhirnya membawa kepada pembinaan sebuah negara dan tamadun yang unggul," titah baginda.

Tengku Abdullah yang juga Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) bertitah demikian semasa berucap menyempurnakan Majlis Konvokesyen UMP ke-13 di Kampus Gambang di sini hari ini, melibatkan 2,773 graduan.

Turut hadir Naib Canselor UMP Profesor Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim.

Author
azwin