Skip to main content

MTDC perkenal alat bantu fisioterapi keluaran usahawan tempatan

KUALA LUMPUR, 2 Okt :  Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) hari ini memperkenalkan satu teknologi baharu untuk membantu amalan fisioterapi pergelangan tangan khusus buat pesakit strok dan pesakit yang menjalani terapi di bahagian sama.

Produk yang dinamakan ‘Wrehab’ itu dibangunkan oleh penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP), Idris Mat Sahat dengan kerjasama pakar fisioterapi swasta Narimah Daud.

Ketua Eksekutif MTDC Datuk Norhalim Yunus berkata idea yang dicetuskan Narimah dan usaha menghasilkan produk tersebut oleh UMP telah dipilih untuk dibawa ke dalam program Usahawan Simbiosis MTDC.

“Di bawah program ini, kita telah membiayai sekumpulan usahawan muda di bawah Dana Pengkomersialan Hasil Penyelidikan dan Pembangunan (CRDF) Satu berjumlah RM 335 ribu.

Author
azwin