UMPSA dan Public Islamic Bank Berhad meterai perjanjian perkasa ekonomi asnaf melalui Program Penternakan Itik Penelur ( iTEKAD KELIP )
PEKAN, 13 Mei 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Public Islamic Bank Berhad (PIBB) hari ini menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi melaksanakan Program Penternakan Itik Penelur ( iTEKAD KELIP ), sebuah inisiatif strategik yang bertujuan memperkasa ekonomi golongan asnaf menerusi sektor penternakan yang berimpak tinggi dan lestari.