Harian Metro
Hidup tiada jalan mudah
Program Latihan Kemahiran Akademik empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Berjaya memberi impak positif dalam meningkatkan pencapaian pelajar luar bandar, khususnya pelajar Orang Asli.
Keberkesanan program anjuran Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan UMP Advanced ini dibuktikan melalui keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu apabila dua pelajar Orang Asli daripada antara pesertanya beroleh keputusan cemerlang dan membanggakan.