Skip to main content

Larian jurutera dapat sambutan hangat

Lebih 1000 peserta mengambil bahagian dalam acara larian  ‘Pahang Engineer‘s Run 2018’ di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Pekan anjuran Institution of Engineers Malaysia UMP Student Section (IEMUMPSS) dengan kerjasama pihak Institution of Engineers Malaysia (IEM) dan Sekretariat Anak Mahasiswa Negeri Pahang (SEMAMPAN). 

 

Alex tampil cemerlang harumkan nama UMP rangkul 15 pingat

Perlis - Pelajar tahun dua Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA), Alex Tiong Sie Hung tampil cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam acara sukan renang apabila merangkul 15 pingat iaitu 8 pingat emas , 5 pingat perak dan 2 pingat gangsa dalam Kejohanan Olahraga dan Renang MASUM 2018 yang berlangsung di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.

Empat Pesilat UMP terpilih mewakili Malaysia

Perak - Seramai empat orang pesilat Universiti Malaysia Pahang (UMP) terpilih mewakili pasukan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia dalam Kejohanan Silat Antarabangsa UPSI ke-9 bagi merebut Piala Menteri Besar Perak baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada Nor Julia Idayu Abdul Aziz (kelas Putri D), Muhammad Nur’Iman Farhan Mohamad Rosli (Kelas Putra H), Muhammad Syakir Mohd Isa (kelas Putra G) dan Siti Nur Azrin Nor Azli (kelas Putri E).  

Wanita UMP Amal Gaya Hidup Sihat

Kesibukan bekerja tidak menghalang wanita bergiat aktif dalam aktiviti bersukan dan baru-baru ini berlangsungnya Kejohanan Bola Jaring Tertutup Piala Persatuan Wanita UMP (Matahari) anjuran Sekretariat Generasi Siswa Sihat (GENESIS) selama dua hari bertempat di Kompleks Sukan UMP Gambang. Kejohanan mendapat kerjasama Persatuan Matahari, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta Pusat Kesihatan Universiti.

1000 mahasiswa meriahkan Larian Jom Masuk IPT

Lebih 1000 orang dalam kalangan mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan komuniti setempat memeriahkan Larian Jom Masuk IPT bersempena Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan UMP baru-baru ini yang berlangsung di UMP Gambang.

Peserta berkumpul seawal jam 6:30 pagi bagi sesi pendaftaran dan dimulakan dengan aktiviti senamrobik sebagai acara pemanas badan sebelum acara pelepasan pada jam 8.30 pagi yang menyaksikan peserta berlari sejauh 5 kilometer dari Kompleks Sukan UMP ke sekitar kampus.

 

Atlit UMP rebut pingat kejohanan SUKIPT

Seramai 80 orang atlit Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini sedang bersaing merebut kejuaraan dalam  acara Taekwando, Pencak Silat, Memanah, Boling Padang, Petanque, Renang.dan Golf di Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) yang berakhir esok (10 Februari) di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi setelah berkampung selama sepuluh hari.

Subscribe to Sports