Penyelidik UMP, UUM dan UiTM kaji pengurusan pekerja asing di Malaysia
KUANTAN, 13 Julai 2022 - Sekumpulan penyelidik gabungan tiga buah Universiti Awam (UA) iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah diberi kepercayaan oleh Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) dalam membantu dalam menjalankan kajian Pewujudan Entiti Khusus bagi Pengurusan Kemasukan, Pengeluaran dan Penamatan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pekerja asing.