Program MyCafé -Komuniti UMP bantu beri makanan percuma buat mahasiswa
Pekan, 11 April – Sembilan pengusaha makanan sekitar kampus Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyertai Inisiatif MyGift menerusi Program MyCafé - Komuniti UMP bagi menaja makanan secara percuma kepada 62 mahasiswa UMP dalam usaha membantu mahasiswa yang kesempitan wang dan yang memerlukan bantuan.