Skip to main content

Aplikasi UMP Valid8 diperkenal dalam konvokesyen ke-13 UMP

KUANTAN 9 Nov. - Buat pertama kali, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menggunakan aplikasi UMP Valid8 berasaskan teknologi kod respon pantas atau Kod QR bagi memastikan ketulenan sijil graduannya sempena Majlis Konvokesyen UMP Ke-13 yang berlangsung dua hari bermula esok di kampus Gambang di sini.

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Seri Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, teknologi itu yang diperkenalkan pada sesi konvokesyen kali ini melibatkan seramai 2,773 graduan yang menerima ijazah dan diploma masing-masing.

 

Author
azwin