Boling UMP-Media platform terbaik erat hubungan
Kuantan, 30 Julai- Seramai 150 orang hadir dalam program boling bersama Media anjuran Universiti Malaysia Pahang dengan kerjasama Kelab Media Pahang yang berlangsung di Playground 6 Semambu Kuantan hari ini. Hadir memeriahkan program Naib Canselor UMP, Prof. Dato Sri Dr Daing Nasir Ibrahim, Presiden Kelab Media Pahang, Dato Nik Naizi Hussin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dato Dr Yuserrie Zainuddin, Ketua Pegawai Operasi/Pendaftar UMP, Abd. Hamid Majid dan Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan, Abd. Rahman Hj. Safie.