Salur bantuan buat mahasiswa hasil daripada kutipan kompaun
Pekan, 21 Oktober 2020 - Bahagian Keselamatan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyerahkan sumbangan sebanyak RM1,956 hasil sebahagian daripada pembayaran kompaun dan denda akibat melanggar peraturan lalu lintas dan tatatertib jalan raya di dalam kampus buat mahasiswa.
Sumbangan ini dimanfaatkan mahasiswa menerusi sumbangan ke UMP Food Pantry sebagai membantu kebajikan mahasiswa yang berkeperluan di universiti ini.