Skip to main content
header pekan review ogos 2020

Pelantikan Baharu

Prof. Madya Ts. Dr. Rusllim dilantik TNC HEPA UMP

Prof. Madya Ts. Dr. Rusllim dilantik TNC HEPA UMP

PEKAN, 18 April 2022 - Ketua Pegawai Eksekutif UMP Advanced (UMPA), Profesor Madya Ts. Dr. Mohd. Rusllim Mohamed dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkuat kuasa 18 April 2022 hingga 17 April 2025.

Profesor Madya Ts. Dr. Mohd. Rusllim menggantikan Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin yang sebelum ini menjawat jawatan tersebut sejak 21 Jun 2010. 


Info Sekitar Kampus

Sesi libat urus UMP bersama pengamal media dan pegawai agensi di Negeri Pahang

Sesi libat urus UMP bersama pengamal media dan pegawai agensi di Negeri Pahang

KUANTAN, 21 April 2022 - Sesi libat urus Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersama media dan agensi di negeri ini memberi peluang untuk berkolaborasi dalam menyampaikan hébahan dan maklumat kepada masyarakat. 
 
Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Ts. Dr Yuserrie Zainuddin hadir bersama pengurusan universiti dalam program ini bagi beramah mesra dan membina hubungan yang baik antara pengurusan universiti bersama pengamal media yang juga turut melibatkan beberapa agensi di negeri ini.
 


MyGift

NENASI PEKAN, 16 April 2022 - Program kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP)  dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam Jelajah Ramadan bersama penduduk di Nenasi Pekan bersempena sambutan 20 tahun UMP dan 76 tahun RTM telah mendekatkan hubungan baik dengan masyarakat setempat. Program ini juga diadakan sebagai tanda keprihatinan warga UMP dan RTM dalam menyantuni masyarakat di sekitar negeri Pahang bagi menyambut bulan Ramadan al-mubarak 1443H.

UMP-RTM santuni masyarakat Nenasi dalam Jelajah Ramadan Sedekad

NENASI PEKAN, 16 April 2022 - Program kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam Jelajah Ramadan bersama penduduk di Nenasi Pekan bersempena sambutan 20 tahun UMP dan 76 tahun RTM telah mendekatkan hubungan baik dengan masyarakat setempat.

Program ini juga diadakan sebagai tanda keprihatinan warga UMP dan RTM dalam menyantuni masyarakat di sekitar negeri Pahang bagi menyambut bulan Ramadan al-mubarak 1443H.


Info Sekitar Kampus

Belaian Kasih Ramadan UMP rai 80 anak yatim dan asnaf

Belaian Kasih Ramadan UMP rai 80 anak yatim dan asnaf

PAYA BESAR, 21 April 2022 – Seramai 80 orang anak yatim dan asnaf dirai dalam Program Belaian Kasih Ramadan anjuran Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar 2 (PEKA 2) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMP bertempat di Dewan Astaka UMP Kampus Gambang.


Info Sekitar Kampus

Singgah Sahur UMP santuni pelajar luar kampus, asnaf dan petugas barisan hadapan

Singgah Sahur UMP santuni pelajar luar kampus, asnaf dan petugas barisan hadapan

KUANTAN, 18 April 2022 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan program Singgah Sahur membabitkan beberapa agensi kerajaan di sekitar bandar raya ini. 

Sebanyak tujuh kenderaan  bersama kira-kira 40 sukarelawan KILAU UMP yang terdiri daripada staf dan pelajar UMP berkonvoi ke lima destinasi terpilih bagi mengagihkan 300 bungkus nasi putih berlauk ayam kari dan sayur untuk sahur, bermula jam 1 pagi.

footer pekan review april 2022

Newsletter Image
Bil. 178 Apr. 2022: Prof. Madya Ts. Dr. Rusllim dilantik TNC HEPA UMP