Mahasiswa UMP Matang Memilih Pemimpin
Kuantan, 28 November- Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini lebih matang dalam memilih pemimpin perwakilan mereka dan satu perubahan landskap politik kampus dapat dilihat apabila jentera pentadbiran Pilihan Raya Kampus (PRK) diurus sepenuhnya oleh mahasiswa sendiri pada kali ini.
Bagi Pengerusi Jawatankuasa Majlis Pemilihan Pelajar (MPP) sesi 2019/2020 UMP, Mohamed Al-Fateh Ab Razak berkata, pihaknya menarik nafas lega apabla PRK UMP berjalan lancar di kedua-dua kampus UMP Gambang dan Pekan.
“Alhamdulillah… proses pengundian dapat dijalankan dengan baik walaupun hujan tidak menghalang mahasiswa untuk turun mengundi seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Jumlah peratusan yang turun mengundi adalah sebanyak 52.69 peratus,” ujarnya.
Dalam pada itu, sebanyak 42 kerusi dipertandingkan pada kali ini dengan sebanyak 14 kerusi umum dan 28 adalah kerusi fakulti. Sembilan calon diistiharkan menang tanpa bertanding selepas tiada persaingan bagi merebut kerusi MPP itu.
Selain itu, sesi pemilihan masih menggunakan E-voting sepertimana yang telah digunakan oleh UMP sejak beberapa tahun dahulu yang sememangnya memudahkan proses pengundian dengan mendapatkan keputusan yang segera.
Pemenang bagi kerusi Fakulti Pengurusan Industri iaitu Muhammad Zufli Zuhari dan Nur Zarith Halisa Mohamad Sofi. Bagi Fakulti Sains Dan Teknologi Industri pula dimenangi oleh Wan Nur Ardini Che Wan Shamsul Akhbar dan Nur Shafiqah Zakaria
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia Dan Proses pula dimenangi oleh Ee Hui En dan Mohd Haziq Hamid Khan. Manakala Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif pula dimenangi oleh Muhammad Azhar Jamal dan Muhammad Nazhif Mohd Azan.
Bagi tiga fakulti ini pula telah menang tanpa bertanding iaitu Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik yang dimenangi oleh Muhammad Othman Bin Maliki, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam dimenangi oleh Nuraisyah Fikryah Binti Muhamod dan Fakulti Komputeran dimenangi oleh Mohamad Khaiyum Ahmad Ishak dan Aishah Umairah Sutrisno Karsono Sadiam.
Bagi Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah dimenangi oleh Lim Sin Yin dan Hafizul Fahim Moh Roffi. Jabatan Kejuruteraan Industri pula dimenangi oleh Muhammad Hisyamuddin Abdul Aziz dan Muhammad Arif Hakim Mohd Hanafi serta Jabatan Kejuruteraan Kimia dimenangi oleh Low Chen Ping dan Nurhidayah Norhazan
Dua Jabatan Kejuruteraan yang menang tanpa bertanding iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam dimenangi oleh Khong Sheh Ching dan Yee Jia Ju serta Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang dimenangi oleh Muhammad Muadz Khairul Rizan.
Bagi 14 kerusi umum telah dimenangi oleh Muhammad Syahiruddin Mohd Sabri, Ahmad Rifqi Mohd Jerome Rinjes, Mohd Asraf Andman, Mohd Fitri Zulkaffli, Che Muhammad Harith Ab Halim, Nurul Ishafira Ismail, Nik Athirah Nik Mahdi, Nur Amira Shafiqa Ismail, Mohamad Irfan Zainuddin, Nur Shazwanie Zainurin, Amir Zuhaili Abdul Karim, Nur Ain Natasya Azman, Muhammad Nur Aqmal Nazri dan Anis Nabilla Ahmad.
Hadir semasa pengumuman keputusan PRK UMP adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr. Kamal Zuhairi Zamli dan Dekan Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Dr. Ahmad Johari Mohammad.
Pada masa yang sama Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin mengucapkan tahniah kepada kejayaan pelaksanaan pilihan raya ini yang dianggap manifestasi ke arah penubuhan kesatuan mahasiswa.
Beliau mengharapkan mahasiswa akan terus mengembangkan potensi dalam bidang kepimpinan dan mentadbir urus dalam hal ehwal pelajar ke arah penubuhan kesatuan mahasiswa di universiti ini. Begitu juga bersikap lebih matang dan profesional dalam menangani isu-isu kemahasiswaan.
Nasihatnya sebagai pemimpin, mereka perlu hormat- menghormati serta menerapkan nilai-nilai murni dan dan kasih sayang antara mahasiswa juga menjadikan JHEPA sebagai strategic partner dalam usaha memperkasakan mahasiswa selain membantu menambah baik perkhidmatan dalam universiti.
Disediakan Nor Salwana Mohd. Idris daripada Bahagian Komunikasi Korporat
- 281 views