Pendedahan Literasi Digital Didik Kanak-kanak Celik Teknologi
Pekan, 12 Julai- Penggunaan teknologi kini semakin berkembang dengan pesat dan golongan kanak-kanak juga tidak ketinggalan dalam menjadikan teknologi sebagai salah satu komponen penting yang diperlukan dalam pendidikan masa kini. Teknologi pada masa kini banyak memberikan kesan kepada pendidikan awal kanak-kanak.
Di samping itu, teknologi media mahupun pelbagai teknologi baharu banyak membantu meningkatkan kefahaman terhadap maklumat yang ingin disampaikan dan meningkatkan perkembangan pengetahuan dan literasi kanak-kanak.