41 staf UMP terima zakat
Oleh: NOR SALWANA MOHD IDRIS, UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN MEDIA, PEJABAT NAIB CANSELOR (PNC)
Pekan, 24 September 2020 – Prihatin dengan kebajikan stafnya, Yayasan Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah bertindak proaktif dengan menyalurkan bantuan zakat kepada 41 staf yang layak menerima zakat.
Majlis Penyerahan Zakat telah disampaikan oleh Naib Canselor UMP, Profesor Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff dalam Majlis Bicara Cendekiawan Mulia UMP kali ke-11 bertempat di Dewan Bankuet UMP Pekan.