ITKAS terajui Kajian Penjenamaan Daerah Bera
BANGI, 14 Oktober 2021- Institut Tamadun dan Kajian Strategik (ITKAS), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang akan menerajui Kajian Penjenamaan Daerah Bera menerusi projek perundingan di bawah seliaan UMP Holdings Sdn. Bhd. bermula pada penghujung bulan ini.
Satu pertemuan bersama antara ITKAS dengan wakil Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah Bera, Majlis Daerah Bera, aktivis Budayawan-Sejarah Pahang dan penyelidik UMP telah diadakan baru-baru ini.