Skip to main content

‘DEWboard’ dan ‘EDUNEXA’ menang Anugerah Best of the Best CITREX 2025

GAMBANG, 19 Jun 2025 – Projek berjudul ‘DEWBoard’ oleh  Pensyarah  Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Nurul Wahidah Arshad berjaya memenangi Anugerah Best of the Best bagi kategori staf di Pertandingan 15th Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREX) 2025.

Menurut Nurul Wahidah, ‘DEWBoard’  adalah merupakan kit pembelajaran untuk Kursus Digital Elektronik, iaitu kursus asas bagi semua program di FTKEE. 

ChM. Dr. Wan Norfazilah dilantik sebagai Penasihat Inovasi Sekolah Menengah hingga ke peringkat antarabangsa

JERTEH, 30 Mei 2025 – Komitmen terhadap pembangunan inovasi pada peringkat sekolah menengah terus diperkukuhkan apabila Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), ChM. Dr. Wan Norfazilah Wan Ismail dilantik sebagai penasihat inovasi kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Pelagat, Jerteh, Terengganu sejak tahun 2023 dan terus membimbing pasukan sekolah sehingga ke peringkat antarabangsa.

Seminar Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan Secara Digital: Inspirasi untuk usahawan wanita Pahang

KUANTAN, 15 Jun 2025 – Membina usahawan wanita yang lebih berdaya saing dalam era digital menjadi fokus utama Seminar Pengurusan Pelanggan Digital: Bina Bisnes Menangi Hati yang berlangsung di Kuantan baru-baru ini. 

Seminar itu adalah salah satu dari hasil geran komuniti UMPSA yang diketuai Pensyarah Fakulti Pengurusan Industri (FPI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Dr. Nur Sofia Nabila Alimin.

283 produk inovasi bakal dipertandingkan dalam Pameran CITREX mulai esok

GAMBANG, 18 Jun 2025 – Sebanyak 283 produk inovasi bakal dipertandingkan dalam 15th Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREX) 2025 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan UMPSA, Kampus Gambang bermula 18 hingga 19 Jun 2025.

Program anjuran oleh Jabatan Penyelidikan dan Inovasi (JPI) itu memperlihatkan komitmen UMPSA dalam memperkasakan budaya penyelidikan dan inovasi dalam kalangan generasi muda. 

UMPSA terima 2 kenderaan Proton X50 manfaat buat pengajaran dan pembelajaran

PEKAN, 13 Jun 2025 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima suntikan baharu dalam usaha memperkasa pengajaran dan pembelajaran berteraskan teknologi automotif apabila menerima sumbangan dua unit kenderaan Proton X50 daripada syarikat pengeluar kereta nasional, PROTON baru-baru ini. 

Penyerahan rasmi kenderaan tersebut telah diadakan bersempena dengan Majlis Hari Kualiti dan Inovasi (HKI) UMPSA 2025 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, UMPSA Pekan.

UMPSA and NXU celebrate a decade of strategic synergy

KUALA LUMPUR, 3 June 2025 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) and Ningxia University (NXU), China, celebrated a meaningful decade of academic collaboration with the 10th UMPSA-NXU Strategic Synergy Dinner held at Irama Dining, Kuala Lumpur.

The event was graced by the presence of the Deputy Vice-Chancellor (Academic and International Affairs), Professor Dato’ Ir. Ts. Dr Ahmad Ziad Sulaiman, who attended on behalf of the Vice-Chancellor, Professor Dr Yatimah Alias.