Skip to main content

TRIZ Moden Membina Jurutera, TRIZ Nabawi Membina Manusia

Dalam dunia inovasi moden, ramai mengagumi teori TRIZ sebagai kerangka penyelesaian masalah yang mantap dan canggih. Teori yang diasaskan oleh Genrich Altshuller ini membuktikan bahawa inovasi tidak berlaku secara rawak, tetapi mengikuti pola tertentu. Namun, jika manusia menyelami sirah Rasulullah SAW dan hadis-hadis baginda, kita akan melihat bahawa prinsip yang sama telah pun dipraktikkan oleh Baginda lebih 1,400 tahun sebelum TRIZ diformulasikan.

Bahasa Wahyu, Arsitek Peradaban Sejagat

Dalam dinamika komunikasi global abad ke-21, bahasa Arab sering kali terkurung dalam naratif keagamaan, dilihat semata-mata sebagai bahasa ibadah dan teks klasik. Namun, pemahaman ini adalah pandangan yang dangkal dan terhad terhadap bahasa Arab, yang pada hakikatnya merupakan platform epistemik yang kompleks dan strategik, menghubungkan teks wahyu dengan logik saintifik, serta menjadi arkitek utama dalam pembinaan tamadun ilmu sejagat.

UMPSA Strengthens Graduate Employability: 45 Candidates Certified in Professional Commercial Diving and Underwater Welding

PULAU PINANG, 24 December 2025 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) has successfully concluded a high-impact professional training programme titled ‘Professional Commercial Diving with Underwater Welding and Cutting’, which was aimed at equipping 45 graduates with specialised technical skills to meet the rigorous demands of the marine and oil and gas industries.

Domba Akhir Zaman: Menggenggam Harta dari Hadis

Dalam lembaran sejarah kerasulan, Nabi Muhammad SAW tidak hanya membawa risalah akidah dan syariah, tetapi turut meninggalkan petunjuk ekonomi yang membimbing manusia menghadapi perubahan zaman. Antara gambaran paling mendalam ialah hadis Baginda tentang manusia yang kembali kepada penternakan kambing sebagai simbol survival, kesederhanaan, dan pengurusan risiko dalam keadaan dunia yang sarat fitnah. 

Banjir Nabi Nuh a.s. antara Naratif Wahyu, Sains Moden dan Pengajaran Kejuruteraan

Kisah banjir besar pada zaman Nabi Nuh a.s. bukan sekadar catatan sejarah dalam tradisi agama, tetapi juga satu peristiwa agung yang terus menarik minat sarjana sains, ahli geologi, dan jurutera sehingga hari ini. Walaupun al-Quran tidak menghuraikan tarikh, ukuran atau butiran teknikal banjir tersebut secara terperinci, gambaran wahyu serta dapatan kajian sains moden membuka satu ruang besar untuk memahami kebesaran peristiwa itu dari perspektif ilmu pengetahuan.

Arsitektur Kediaman Beretika dalam Kerangka Kejuruteraan Islam

Pembinaan rumah dalam tradisi Islam tidak dianggap sebagai proses teknikal semata-mata, tetapi suatu amalan yang berpaksikan wahyu, etika moral dan tanggungjawab sosial. Al-Quran tidak menjelaskan formula kejuruteraan secara literal, namun ayat-ayatnya menggariskan prinsip besar yang memandu kualiti binaan, keadilan sosial, keselamatan komuniti dan kelestarian alam. Justeru, gabungan antara nilai kejuruteraan moden dan panduan Qurani menghasilkan kerangka pembinaan yang menyeluruh, merangkumi aspek spiritual, etika, teknikal, dan sosial.

Dari Sulaman Identiti ke Puncak Tamadun

Dalam lembaran sejarah dunia, kelangsungan sesebuah negara tidak pernah berdiri atas kekuatan ketenteraan semata-mata, tetapi melalui pembinaan tamadun, identiti, dan keupayaan sesebuah bangsa mengurus hubungan dengan dunia luar. Inilah asas kenegaraan yang relevan sepanjang zaman jika dilihat daripada episod ekspedisi maritim Zaman Dinasti Ming hingga kepada perjalanan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat di abad ke-21.

Baiti Jannati dalam Era Algoritma

‘Baiti jannati’ bermaksud rumahku syurgaku ialah kalimat yang kedengaran sederhana, namun menyimpan getaran makna yang panjang dan dalam. Sejak zaman nenek moyang lagi, rumah bukan sekadar binaan batu-bata, tetapi medan pembentukan jiwa, tempat tumbuhnya kasih sayang, dan ruang lahirnya nilai. Namun, apabila dunia meluncur deras ke dalam era algoritma, persoalannya, adakah rumah masih berfungsi sebagai ‘syurga’ atau sudah berubah menjadi sekadar persinggahan antara satu notifikasi dengan notifikasi yang lain?