Skip to main content

Kolaborasi SULAM UMPSA tingkat kecekapan pengurusan data sekolah

KUANTAN, 1 Januari 2026 - Fakulti Pengurusan Industri, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui inisiatif pendekatan Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) telah berjaya menganjurkan program intensif bertajuk ‘Simplify, Streamline, Succeed: Data Management for Teachers Made Easy’ baru-baru ini. 

Program itu disertai oleh 13 orang guru dari Sekolah Kebangsaan RTP Bukit Goh, Kuantan, Pahang. 

UMPSA perkukuh pendidikan fleksibel melalui program Sarjana Kejuruteraan Mekanikal berasaskan stackable degree dan micro-credential

Pekan, 16 Januari 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah UMPSA terus memperkasa agenda pendidikan fleksibel apabila Pusat Pembelajaran Fleksibel dan Micro-Credential (FLEXMC) mengadakan sesi perbincangan awal bersama Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Automotif (FTKMA) bagi pembangunan dan penawaran Program Sarjana Kejuruteraan Mekanikal berasaskan pendekatan stackable degree yang disokong oleh penawaran micro-credential.

Mengapa ‘Adalah Dimaklumkan Bahawa’ Perlu Ditinggalkan?

Keformalan yang Mengelirukan

Frasa ‘adalah dimaklumkan bahawa’ telah sekian lama dianggap lambang keformalan dalam penulisan rasmi bahasa Melayu. Hampir setiap penjawat awam, guru, pelajar dan penulis pernah menggunakannya dalam surat, laporan atau pengumuman. Ayat seperti ‘Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat ditangguhkan’ kelihatan kemas, rasmi dan berwibawa. Namun dari sudut tatabahasa standard, frasa inilah antara contoh klasik penggunaan kata pemeri yang tidak perlu dan tidak tepat.

Transliterasi Bahasa Arab: Mengapa Masih Banyak Salah?

Dalam dunia akademik, media, dan komunikasi digital hari ini, kesilapan dalam menulis transliterasi bahasa Arab semakin menjadi lumrah. Jika artikel sebelum ini, ‘Jawi dan Transliterasi Bahasa Arab: Masih Relevankah dalam Era Digital?’ membincangkan kepentingan transliterasi dalam konteks moden, artikel ini menyelami mengapa kesilapan tersebut masih berleluasa dan bagaimana kita boleh memperbaikinya.

Integrasi Sunah Minum Duduk dalam Kerangka Fisiologi Moden

Penyelidikan mengenai tataadab hidrasi yang diwariskan melalui tradisi kenabian sering kali dilihat sekadar sebagai amalan ritualistik tanpa menyedari bahawa setiap pergerakan manusia menyimpan rahsia fisiologi yang amat mendalam. Hakikat keberadaan jasad manusia sebagai sebuah sistem biomesin yang kompleks menuntut keselarasan antara tindakan fizikal dengan mekanisme dalaman agar setiap titisan air yang mengalir membawa rahmat serta kesihatan yang hakiki. 

Krisis Psikologi Halus dalam Budaya Sibuk

Dalam dunia yang semakin pantas bergerak, kesibukan sering dianggap lambang kejayaan. Jadual yang padat, mesej yang tidak putus-putus, mesyuarat bertindih, dan tuntutan kerja tanpa henti menjadi rutin harian kebanyakan individu. Namun, di sebalik kesibukan yang dipuja ini, semakin ramai sebenarnya sedang kehilangan sesuatu yang jauh lebih berharga iaitu ketenangan jiwa.

Perkahwinan Merentasi 2 Benua

Perkahwinan yang indah sepanjang hayat adalah sesuatu yang sering diimpikan oleh setiap insan. Suatu episod kehidupan yang disulami dengan pelbagai kisah suka dan duka dengan ditemani insan tersayang yang sedia berkongsi segalanya. Sering kali, pasangan suami isteri diingatkan untuk sentiasa bersabar dan bertolak ansur. Ini kerana, setiap suami dan isteri memiliki pandangan dan pemikiran yang berbeza kerana latar belakang yang unik.

RPTM 2026-2035: Dekad Penentuan Universiti di Malaysia

Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 bukan sekadar sebuah dokumen dasar atau pelan pentadbiran jangka panjang. Ia merupakan satu pernyataan strategik negara yang memaksa universiti di Malaysia berdepan persoalan paling sukar: adakah institusi ini benar-benar bersedia berubah, atau sekadar mengekalkan kesinambungan lama atas nama kestabilan?

Pendekatan 3F (Fitrah-Fokus-Fleksibel) untuk Peperiksaan Akhir Bukan Sekadar Mengulang Kaji

Strategi persediaan peperiksaan dalam kalangan pelajar sering kali terperangkap dalam kepompong mekanistik yang hanya mementingkan pengumpulan data tanpa meraikan hakikat kemanusiaan yang bersifat holistik. Kupasan mengenai pendekatan Fitrah, Fokus, serta Fleksibel ini menuntut sebuah anjakan paradigma yang lebih mendalam, memandangkan proses menuntut ilmu dalam tradisi Islam merupakan satu bentuk ibadah yang perlu dilaksanakan dengan penuh adab dan keteraturan sistemik.