KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2022 - Program Bicara Perwira bertajuk ‘Pengorbanan Polis Menentang Pengganas Komunis’ anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini yang berlangsung di Dewan Sultan Ahmad Shah Maktab PDRM Kuala Lumpur berjaya menyuntik semangat bagi golongan muda menghargai perjuangan polis dalam mempertahankan negara tercinta.
JERANTUT, 12 Ogos 2022 - Seramai 160 pelajar sukarelawan KILAU Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan staf UMP Holdings Sdn. Bhd. menyertai program Kelestarian Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bagi menanam kira-kira 2,000 pokok-pokok spesies Merawan Siput Jantan, Balau Pasir, Keruing Kertas, Kembang Semangkuk, Meranti Tembaga dan Meranti Sarang Punai di Hutan Simpan Tekam.
KUANTAN, 6 Ogos 2022 - Majlis Konvokesyen Ke-16 Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini menyaksikan seramai 4,083 penerima graduan bagi tahun 2021 yang terdiri daripada graduan doktor falsafah dan sarjana (280), graduan sarjana muda (2,235) dan diploma (506) serta graduan UMP Advanced (1,062) menerima ijazah dan diploma masing-masing yang berlangsung pada 6 hingga 9 Ogos ini di Dewan Kompleks Sukan, UMP Kampus Gambang.
KUANTAN, 6 Ogos 2022 - Graduan Universiti Malaysia Pahang (UMP) perlu bijak mengambil peluang seiring dengan keperluan semasa dan penglibatan dalam bidang keusahawanan dan kepintaran teknologi bakal memberi nilai tambah kepada graduan.
Menurut Pro-Canselor UMP, Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor, pengijazahan hanyalah merupakan satu langkah permulaan.
KUANTAN, 6 Ogos 2022 - Farhana Munirah Zainuri anak kepada pasangan Zainuri Mohd Shafar, 51 dan Zainatunakmar Abdul Manap, 49 merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik mendapat sijil anugerah dekan setiap semester dan berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Tenaga dan Persekitaran) dengan Kepujian di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan PNGK 3.82.
KUANTAN, 6 Ogos 2022 - Pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Farmaseutikal) dengan Kepujian dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) dengan PNGK 3.89, Ee Hui En, 25, yang juga sukarelawan UMP dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Majlis Konvokesyen Ke-16 Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Anugerah disampaikan oleh Pro-Canselor UMP, Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor pada hari pertama Majlis Konvokesyen UMP Ke-16 di UMP Kampus Gambang.
PAYA BESAR, 6 Ogos 2022 – “Jangan takut dan jangan lari dari cabaran serta sentiasa menyambut ketibaannya kerana anda tidak mengetahui apa yang sebenarnya anda mampu capai,” kata Thiew Jih Herng, 25, yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam, Universiti Malaysia Pahang (UMP)
PAYA BESAR, 6 Ogos 2022 - Anak pensyarah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Dr. Abdullah Ibrahim iaitu Nor Afifah Abdullah, 24 berjaya merangkul Anugerah Naib Canselor dalam Majlis Konvokesyen UMP Ke-16 yang berlangsung di Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Tenaga dan Persekitaran) dengan Kepujian ini menerima anugerah yang disampaikan Pro-Canselor UMP, Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor dalam sesi pertama.
PAYA BESAR, 6 Ogos 2022 – Meskipun sibuk dengan tugas hakiki selaku Naib Presiden Malaysia India Congress (MIC) dan Unit Manager bukan menjadi titik penghalang buat anak kelahiran Durian Tunggal Melaka ini untuk meraih kejayaan.
Datuk M. Asojan a/l Muniyandy yang memulakan karier sebagai guru pada Disember 1989 telah terlibat dalam bidang insurans secara sambilan.
PAYA BESAR, 9 Ogos 2022 – Sentiasa mencabar diri melangkaui kemampuan dan mencari idea baharu tanpa berasa selesa dengan keadaan semasa menjadi rahsia kejayaan buat Ketua Pegawai Eksekutif MRC, Nor Hizwan Ahmad yang berjaya menamatkan Master Eksekutif Pengurusan Perniagaan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK), 3.86 sekali gus menerima Anugerah Profesional Pembelajaran Sepanjang Hayat – Program Profesional Eksekutif dalam Majlis Konvokesyen UMP Ke-16 baru-baru ini.
PAYA BESAR, 6 Ogos 2022 - Bijak membahagikan waktu belajar merupakan faktor utama kejayaan penerima Anugerah Emas Universiti pada Majlis Konvokesyen Ke-16 Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Graduan Diploma Kejuruteraan Kimia, Lee Jia Huey, 22, berkata, tekad untuk berjaya mendorong beliau agar tekun belajar dan mencapai keputusan cemerlang.
PAYA BESAR, 6 Ogos 2022 – Diuji apabila disahkan menghidap Kanser Tisu Otot atau Rhabdomyosarcoma pada semester awal pengajian membuatkan Amira Abdul Talib, 29 merasakan ia telah menambah beban buat keluarga.
“Keluarga saya bukanlah dari kalangan yang senang dan boleh diibaratkan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
“Matlamat utama saya untuk melanjutkan pengajian ialah ingin belajar dan mencari kerja untuk membantu keluarga saya.
KUANTAN, 6 Ogos 2022 - Minat yang mendalam bidang robotik menghasilkan kejayaan berganda buat Hussein Al-Faiz Mohamed Ahmed Hafez, 26 yang merupakan graduan Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Automotif - Program Kerjasama dengan University of Applied Sciences, Jerman apabila meraih kejayaan dengan memperoleh dua anugerah di Majlis Konvokesyen Ke-16 UMP.
Hussein Al-Faiz meraih Anugerah Kecemerlangan UMW Holdings Bhd. dan Anugerah Verein Deutscher Ingeniure Award Association of German Engineers (VDI).
PAYA BESAR, 6 Ogos 2022 – Nik Athirah Nik Mahdi, 24, Sukarelawan Ops Hantar Pelajar Pulang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjaya meraih Anugerah Srikandi Matahari di Majlis Konvokesyen Ke-16 Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Berkongsi pengalamannya membantu universiti tatkala negara dilanda pandemik COVID-19, beliau terlibat dalam Ops Hantar Pelajar Pulang dan penglibatan sukarelawan yang menjaga kebajikan pelajar sepanjang PKP.
PAYA BESAR, 9 Ogos 2022 - Tiada siapa menduga keriangan mendapat skrol di atas pentas bertukar menjadi cemas apabila mendapat tahu isteri yang hadir sama di dalam dewan menyaksikan detik bersejarah ini tiba-tiba mengalami tanda sakit hendak bersalin.