Terbitan Terkini: Hati Yang Rawan
Hati yang Rawan memuatkan 11 buah kisah yang merupakan adaptasi kisah realiti mengenai pelbagai masalah yang berlaku dalam kehidupan masyarakat kita kini. Permasalahan yang melibatkan psikologi dan emosi perlu diambil berat dan tidak sewenang-wenangnya dipandang enteng oleh masyarakat. Seramai lapan orang kaunselor daripada pelbagai institusi termasuk Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkongsi pengalaman mereka dalam membantu individu yang berhadapan dengan masalah jiwa yang rawan.