Skip to main content

3 Guru Bahasa Kanan UMPSA berjaya genggam ijazah sarjana

GAMBANG, 26 Oktober 2024 - Kesibukan bekerja dan pada masa yang sama menyambung pengajian sarjana bukan halangan bagi tiga orang Guru Bahasa Kanan, Pusat Bahasa Moden (PBM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) untuk menamatkan pengajian ijazah sarjana secara separuh masa. 

Aishah Hanum Abu Bakar, Noraisah Nurul Fatwa Mohd Razali dan Nabila Abdul Malek merupakan graduan rintis untuk program Sarjana Sains Pengajian Bahasa Berintegrasi Teknologi.

Ayah dan anak graduan Bacelor Eksekutif Pengurusan Perniagaan berkongsi pentas raih kejayaan 

KUANTAN, 29 Oktober 2024 – Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19 menyaksikan detik istimewa apabila seorang bapa dan anak perempuannya bersama-sama bergelar graduan Bacelor Eksekutif Pengurusan Perniagaan. 

Mohd Zaki Awang, 53, dan puteri ketiganya, Aina Afiqah Mohd Zaki, 24, berkongsi pentas untuk menerima ijazah masing-masing yang menjadikan konvokesyen kali ini sebagai kenangan manis buat keluarga mereka.

Mohamad Nor Iman rajin bekerja demi menggenggam segulung ijazah

GAMBANG, 26 Oktober 2024 – Melakukan pelbagai pekerjaan semasa belajar, Mohamad Nor Iman Mat Nasir, 27 tidak pernah berputus asa sehingga berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19.

Hanya tahu membaca semasa di tingkatan 2, Ali Pengurus Ladang dari Sabah berjaya genggam segulung ijazah

GAMBANG, 29 Oktober 2024 – Hanya tahu membaca semasa berada di tingkatan dua, Ali Asman@Edit Jailani, 49 selalu menjadi bahan ejekan kawan-kawan dan guru.

Malah, beliau juga turut didenda naik di atas kerusi dan meja serta muka diconteng. 

Beliau mendapat pendidikan awal dari Sekolah Kebangsaan Tanjung Nipis, Paitan dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi, Sandakan. 

Aktif dalam Program Khidmat Masyarakat, Muhammad Syafiq terima Anugerah Kecemerlangan Sapura Industrial

GAMBANG, 27 Oktober 2024 - Muhammad Syafiq Mohd Wahidan, 24, anak kepada pasangan pesara tentera, Mohd Wahidan Amat Karim, 50 dan guru, Aizamiah Ahmad, 48 telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Sapura Industrial dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19 yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan UMSPSA Kampus Gambang. 

Noor Haziah raikan kejayaan tanpa bapa disisi

GAMBANG, 27 Oktober 2024 – Hari konvokesyen merupakan detik yang bersejarah buat para graduan dan keluarga meraikan kejayaan mereka setelah penat lelah menuntut ilmu selama beberapa tahun akhirnya terbalas dengan kejayaan. 

Namun, perjalanan untuk mencapai puncak ini bukanlah mudah dan pastinya mempunyai onak dan duri apatah lagi memulakan pembelajaran pada tahun 2020 yang mana pada masa itu keadaan satu dunia menimpa Pandemik Covid-19. 

Subscribe to Convocation