13 staf 'Duta' UMPSA bakal sertai mobiliti di persada global
PEKAN, 10 Oktober 2025 - Seramai 13 staf Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terpilih bakal menjalani program mobiliti di universiti dan rakan kerjasama dalam dan luar negara sebagai salah satu inisiatif program mobiliti staf bagi pembangunan bakat, pemerkayaan ilmu serta kemahiran, di samping memperkukuh Agenda Pengantarabangsaan Universiti.
Sebagai 'Duta' UMPSA, mereka bukan sahaja membawa imej baik UMPSA ke peringkat antarabangsa, malah memainkan peranan merebut peluang yang ada bagi memperkukuh ilmu, kemahiran serta jaringan untuk dimanfaatkan di universiti.
Program ini sebagai menyokong kepada Agenda Transformasi 1 Amanat Naib Canselor UMPSA tahun 2025 iaitu Memperkukuh dan Memajukan Potensi Individu.

Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias berkata, peserta yang terpilih ini diharapkan dapat memanfaatkan peluang ini untuk menimba pengetahuan baharu seterusnya berkongsi amalan terbaik dari universiti rakan kerjasama dengan hasil yang bermanfaat.
"Antaranya seperti penawaran program dual PhD/Master, geran antarabangsa, pembangunan kampus, pembangunan sistem dan pada masa yang sama berkongsilah amalan terbaik UMPSA kepada rakan strategik.
“Saya percaya pengalaman ini akan memberi impak besar kepada kelestarian universiti dalam jangka masa panjang.
"Duta-duta mobiliti ini bukan sahaja membawa imej baik UMPSA ke peringkat antarabangsa, malah akan menjadi pemimpin perubahan yang menyumbang kepada pembangunan universiti,” ujarnya.
Beliau turut menambah bahawa sekiranya inisiatif ini berjaya, program mobiliti staf akan diteruskan pada tahun-tahun berikutnya.
Sementara itu, salah seorang peserta, Penolong Pegawai Tadbir, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), Mohd Khairulnazri Saidi mengucapkan terima kasih kepada pihak universiti dan teruja kerana peluang sebegini turut diberikan kepada staf kumpulan pelaksana.
Beliau berhasrat untuk memanfaatkan sepenuhnya pengalaman yang bakal diperoleh di Indonesia bagi pembangunan pelajar secara holistik berteraskan ADAB UMPSA.
Turut hadir Pendaftar UMPSA, Dato’ Saiful Bahri Ahmad Bakarim, Dekan Fakulti Komputeran (FK), Profesor Madya Ts. Dr. Adzhar Kamaludin, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM), Profesor Ir. Dr. Ahmad Razlan Yusoff dan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Profesor Ts. Dr. Sumaiya Zainal Abidin@Murad.
Turut serta Pengarah Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta, Izwan Ismail, Pengarah Akademi A.D.A.B., Dr. Siti Umairah Mokhtar, Pengarah Pusat Jaringan Global, Profesor Madya Dr. Ts. Herma Dina Setiabudi, Pengarah Pembangunan Bakat, Juliana Mohd Ali serta pegawai universiti yang lain.
Majlis Ramah Mesra Naib Canselor UMPSA bersama kumpulan kedua peserta mobiliti staf seramai 13 orang telah diadakan sebagai simbolik penghargaan dan dorongan sebelum mereka berangkat ke universiti rakan kerjasama strategik sama ada di dalam mahupun luar negara.
Program mobiliti ke universiti rakan kerjasama terdiri daripada:
Kansai University, Japan dan MIE University, Japan (27 hingga 31 Oktober 2025)
1) Profesor Madya Ts. Dr. Rohayu Jusoh (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses)
2) Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Faizal Ab Razak (Fakulti Komputeran)
Manchester Metropolitan University, United Kingdom (27 hingga 31 Oktober 2025)
3) Dr. Mohd Hanafiah Ahmad (Fakulti Pengurusan Industri)
4) Ts. Mohd Rashid Abu Bakar (Pusat Teknologi Digital)
5) Ir. Mohd Azreen Yaacob (Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta)
Chonnam National University, Korea Selatan (17 hingga 21 November 2025)
6) Ts. Dr. Nurrina Rosli (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik)
7) Ts. Dr. Ahmad Firdaus Zainal Abidin (Fakulti Komputeran)
Istanbul Technical University, Türkiye (17 hingga 21 November 2025)
8)Profesor Madya Dr. Aizi Nor Mazila Ramli (Fakulti Sains dan Teknologi Industri)
9) Dr. Zetty Ain Kamaruzzaman (Fakulti Pengurusan Industri)
Universitas Indonesia, Indonesia (20 hingga 31 Oktober 2025)
10) Wan Muslimin Wan Nawang (Jabatan Pendaftar)
11) Mohd Khairulnazri Saidi (Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Progran Sangkutan Profesional
Program mobiliti di ISUZU HICOM Malaysia Sdn. Bhd., Pekan Pahang bagi tempoh setahun iaitu bermula 1 November 2025 sehingga 31 Oktober 2026:
12) Dr. Ahmad Shahir Jamaludin (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik)
Program Mobiliti dalam Negara
Ranhil SAJ Sdn. Bhd., Johor Bahru selama sepuluh hari bermula 3 hingga 12 November 2025
13) Ir. Ts. Aideelnorfahmee Mohamad (Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta)
Disediakan Oleh: Juliana Mohd Ali, Jabatan Pendaftar
- 150 views
Reports by: