8 staf UMPSA terima kenaikan pangkat
Pekan, 9 September 2024 - Seramai lapan orang staf Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima watikah keputusan kenaikan pangkat daripada Naib Canselor UMPSA, Profesor Ts. Dr Yuserrie Zainuddin baru-baru ini.
Mereka merupakan calon yang berjaya memenuhi kesemua kriteria dan penilaian kenaikan pangkat bagi gred jawatan berkenaan adalah Mohd Aznorizamin Ismail bagi urusan kenaikan pangkat sebagai Pegawai Belia dan Sukan (Gred S52).
Ts. Nidzamuddeen Ishak dan Ts. Muhammad Hairynizam Muhd Taib bagi urusan kenaikan pangkat sebagai Pegawai Latihan Vokasional (Gred DV52), Ir. Ts. Nik Mohd Zaitul Akmal Mustapha, Ts. Muhammad Adib Shaharun dan Mejar Ts. Hazami Che Hussain bagi urusan kenaikan pangkat sebagai Pegawai Latihan Vokasional (Gred DV48).
Lain-lain Ts. Mohd Tarmizy Che Kar dan Ts. Mohd Firdaus Mohd Lazim bagi urusan kenaikan pangkat sebagai Pegawai Latihan Vokasional (Gred DV44)
Menurut Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie, pihak universiti memberikan penekanan terhadap pemilikan kelayakan profesional memandangkan ia akan digunakan untuk membina rangkaian profesional yang dapat memberikan manfaat kepada UMPSA.
“Selain itu, universiti turut memberikan sokongan dan komitmen berterusan dalam semua usaha yang dijalankan bagi menjayakan agenda untuk mempertingkatkan TVET universiti khususnya.
“Sokongan dari sudut keperluan pembangunan ini akan diberikan tumpuan kerana universiti amat memahami tentang keperluan ini memandangkan hanya staf yang cukup kompeten mampu untuk bersaing dengan baik di peringkat yang lebih tinggi,” katanya.
“Saya berharap agar semua warga kerja UMPSA menggarap peluang yang wujud dari semasa ke semasa untuk mengembangkan potensi individu, jabatan dan organisasi bagi memastikan universiti kekal relevan dan kompetitif terutamanya apabila kesemua universiti di Malaysia mengisytiharkan bahawasanya mereka adalah universiti terbaik dan terkemuka di Malaysia,” ujarnya.
Tambah beliau, ini merupakan satu persaingan sihat yang boleh dijadikan titik penting dalam menjadikan UMPSA sebagai sebuah universiti yang lebih produktif.
“Selain itu, peningkatan produktiviti ini juga dijangka dapat dilihat menerusi peningkatan produktiviti dalam program-program TVET seperti diploma, TVET aras tinggi dan sijil profesional TVET.
“Saya turut berharap agar semua yang memperoleh kejayaan dalam sesi kenaikan pangkat ini dan seluruh warga kerja UMPSA untuk berusaha dalam membuat keputusan dan tindakan yang bersifat ‘goal congruence’ dengan universiti yang bukan bersifat kepentingan peribadi memandangkan setiap keputusan yang dibuat adalah demi kebaikan universiti akan membawa penambahbaikan kepada universiti untuk satu jangka masa yang panjang.
“Saya juga yakin dengan reputasi yang dimiliki oleh UMPSA kini dan berharap agar semua pihak dapat bekerjasama untuk meningkatkannya di masa hadapan dengan menggunakan kepakaran yang dimiliki setiap individu,” katanya
Beliau juga turut menitipkan pesanan agar semua warga kerjanya untuk terus tekad menjaga integriti kerja memandangkan ia bakal menentukan keberkatan rezeki yang diterima.
Turut sama hadir Pengurus Besar Sumber Manusia, Haji Abdul Shukur Ishak, Pegawai Eksekutif Kanan Jabatan Pendaftar, Norhidayah Abd Rahim dan Siti Sakinah Mohtar daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
Disediakan Oleh: Siti Sakinah Mohtar, Jabatan Pendaftar
- 437 views