Skip to main content

Bengkel UMPSA30 garis asas hala tuju baharu, pacu era kegemilangan

PEKAN, 3 Disember 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Pelan Strategik 2026–2030 (UMPSA30) Siri Ke-6 pada 2 dan 3 Disember lalu di Dewan Bankuet UMPSA Pekan sebagai kesinambungan usaha universiti merangka inisiatif strategik universiti bagi tempoh lima tahun akan datang. 

Bengkel dua hari itu memberi tumpuan kepada pembentangan, pemurnian dan pemuktamadan inisiatif strategik merentasi empat lonjakan strategik yang telah digubal bagi menyokong aspirasi UMPSA menjadi sebuah universiti teknikal terunggul di peringkat nasional dan antarabangsa.

Bengkel turut dihadiri Naib Canselor, Profesor Dr. Yatimah Alias; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts. Dr. Aida Mustapha, Pendaftar, Dato' Saiful Bahri Ahmad Bakarim; Bendahari, Dato' Zainudin Othman; Ketua Pustakawan, Kamariah Gono, Penasihat Undang-undang, Marlina Mamat,serta Penolong Naib Canselor (Pembangunan), Jabatan Canseleri, Profesor Dr. Mahadzir Ishak@Muhammad selaku peneruju bagi enam kluster dalam Pelan Strategik UMPSA30.

Turut hadir ialah Penolong Timbalan Naib Canselor, para dekan dan wakil fakulti, Pengarah Kanan dan Pengarah Pusat, Pengurus Fakulti serta pegawai-pegawai universiti yang terlibat secara langsung dalam Pembangunan pelan strategik ini.

Bengkel strategik ini dipimpin oleh Penolong Naib Canselor (Strategik Korporat), Profesor Ts. Dr. Kamal Yusoh yang bertanggungjawab menyelaras keseluruhan sesi pembentangan melibatkan pemuktamadan definisi operasi (OD) dan inisiatif strategik bagi memastikan pelaksanaan UMPSA30 disusun secara komprehensif, berfokus dan berimpak.

Menurut Profesor Dr. Yatimah, UMPSA30 bukan sekadar pelan strategik, malah merupakan komitmen bersama untuk memperkukuh keupayaan universiti sepanjang lima tahun akan datang bagi memastikan UMPSA terus relevan, berdaya saing dan selaras dengan aspirasi pendidikan tinggi negara. 

Bengkel UMPSA30 garis asas hala tuju baharu, pacu era kegemilangan

Penganjuran bengkel itu merupakan langkah penting dalam proses akhir penyediaan Pelan Strategik UMPSA30, selaras dengan aspirasi Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035. 

Hasil perbincangan, pemuktamadan dan pembentangan yang dihasilkan sepanjang bengkel ini akan menjadi asas utama dalam penyediaan dokumen strategik rasmi universiti yang bakal memacu hala tuju UMPSA bagi tempoh lima tahun akan datang.

Disediakan Oleh: Saharudin Ramli, Pusat Pengurusan Strategik dan Kualiti (PPSK)

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri